DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Wajah segar untuk penampilan yang lebih bergaya.

 

Salam semuaa…

Sebelum saya berkongsi tips tampil segar untuk lelaki jom tonton video di bawah :

 

clip_image002

Perkara sebegini buat saya suspens aje! Tapi macam ramai yang dah tahu??? Saya pun macam tahu-tahu aje. Kehkehkeh! Kalian bagaimana? Nak tahu cerita lebih lanjut boleh ke lambangmisteri.blogspot.com

Baiklah, jom kita teruskan dengan tips yang saya janjikan sebentar tadi! Ketahuilah bahawa wajah yang segar dan bermaya mampu membuat lebih ramai wanita tertarik kepada kita! Jika ditanya kepada perempuan di luar sana, mahukah mereka memilih lelaki yang berwajah kusam, tidak terurus dan tidak bermaya? Sama sekali tidak!

IMG_2284

1. AMALKAN MENCUCI WAJAH

Untuk wajah yang lebih segar, biasakan diri mencuci wajah! Jangan ingat kaum perempuan sahaja yang perlu cuci wajah. Kita lelaki banyak yang bekerja keras, sentiasa terdedah dengan cahaya matahari dan debu di jalan. Jadi, wajah menjadi cepat kusam. Selain itu, rutin mencuci muka dengan pembersih dalam melegakan iritasi yang sering berlaku akibat bercukur.

2. PERAWATAN MATA

Lingkaran gelap bawah mata menyebabkan muka kita tampak kusam dan lebih tua daripada usia yang sebenar. Manfaatkan kewujudan produk penjagaan mata seperti eye roll untuk mengurangkan lingkaran gelap bawah mata. Ia turut dapat membantu perbaiki aliran.

3. PENGGUNAAN PELEMBAP

Kurangkan kekusaman pada wajah yang disebabkan oleh tekanan bekerja seharian dengan pelembap. Pelembap membantu kulit menjadi segar dan lebih ringan. Jangan guna pelembap wajah wanita kerana kulit wajah lelaki lebih kasar dan tebal. Gunakan produk khusus untuk lelaki agar penampilan segar dan kacak.

DSC_0100

P/S : Pendek kata banyakkan senyum, baru hensem macam sayaaa! Kehkehkeh!

Incoming search terms: