Salam semuaa..
Penjagaan kulit bukan hanya perlu dikalangan perempuan sahaja kerana lelaki pun PATUT menjaga tapi tak perlulah serajin perempuan. Kenapa? Muka yang bersih mencerminkan lambang maskulin seseorang lelaki. Cara mudah menjaga kulit wajah adalah dengan;
Perkara paling utama ialah anda perlu tahu jenis kulit dan masalah kulit yang anda miliki. Sebagai contoh jenis kulit normal, berminyak, kering atau kedua-duanya sekali.
Pilih produk yang sesuai dengan jenis kulit anda. Terdapat pelbagai jenis produk yang anda boleh pilih di pasaran. Anda tidak semestinya perlu membeli produk yang mahal dan berjenama. Sabun Susu Kambing Gurun juga sudah cukup jika ianya sesuai dengan kulit anda. BERHATI-HATI!!!
Pemilihan produk yang tidak sesuai boleh merosakkan kulit anda.. Produk pelembut & pelembab kulit wajah adalah disarankan terutamanya yang mempunyai bahan-bahan seperti ekstrak buah-buahan seperti minyak biji anggur, minyak Babbassu, Phytessence Wakame, Coenzyme Q10 & Cynergy TK.
Jika anda kerap berada di luar, gunakan losyen atau krim pelindung matahari. Ini kerana sinar UV yang memancar ke kulit wajah boleh mempercepatkan proses penuaan. Kulit juga boleh terdedah kepada masalah kedutan, kusam & berminyakAmalan mencucui muka juga boleh memberikan hasil yang memuaskan.
Cuci wajah anda secara kerap sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam. Anda boleh gunakan pencuci muka jenis gel, krim ataupun scrub dan pastikan ianya bersesuaian dengan jenis kulit wajah anda.
P/s: Hendak seribu daya, kalau malas sejuta alasan boleh direka.
Incoming search terms:
Salam semuaa.

Secara fisiologinya, orang lelaki adalah berbeza dengan wanita. Apabila wanita putus haid, hilanglah keupayaan reproduktif mereka iaitu untuk mengandung dan melahirkan anak. Maka berlakulah apa yang sering disebutkan sebagai menopaus atau situasi apabila paras hormon estrogen menjadi terlalu rendah.
Simptom seperti keletihan, sakit sendi, kurang nafsu dan faraj kering boleh timbul sejurus sebelum putus haid atau selepas berlakunya putus haid.

Bagi lelaki, penurunan paras hormon testosteron berlaku secara perlahan-lahan bermula akhir 30-an atau awal 40-an dan berterusan ke akhir hayat. Keadaan ini dipanggil sindrom kurang hormon testosteron. Penurunan hormon testosteron ini boleh berlaku amat perlahan atau mendadak ke paras yang sangat rendah sehingga memberikan simptom yang ringan, sederhana mahupun teruk. Corak penurunan ini banyak bergantung kepada tahap kesihatan seseorang lelaki itu.
Contohnya, jika anda menghadapi masalah kegemukan, darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung, maka paras hormon akan menjadi sangat rendah manakala jika anda mengamalkan corak kehidupan yang positif dan sihat, maka paras hormon tersebut mungkin tidak menurun atau menurun dengan kadar sangat perlahan malah mungkin tidak ada simptom langsung.

Simptom yang biasa berlaku kepada lelaki hampir sama dengan simptom menopaus dialami wanita iaitu keletihan, sakit sendi, cepat mendapat tekanan, kurang nafsu atau libido, kurang kekerasan zakar dan air mani serta banyak lagi simptom yang tidak begitu spesifik.
P/s: Jangan lupa amalkan cara hidup sihat dan positif dalam kehidupan seharian.
Incoming search terms:
Bak melangkah keluar daripada kepompong lama, semakin hari terserlah kemahuan lelaki untuk tampil lebih kacak dan bergaya. Jika suatu ketika dulu, soal gaya atau berdandan menjadi janggal dalam dunia lelaki, perubahan semasa dan gaya hidup sukar disangkal.

Penggunaan pencuci muka, penyegar, mencukur bulu kening dan pelembap bibir, semua itu adalah senario biasa dalam dunia jejaka moden hari ini. Istilah metroseksual yang diambil daripada maksud Yunani adalah menggambarkan lelaki heteroseksual metropolitan yang menjaga penampilan diri dari semua aspek seperti mana lelaki urban.
Tidak saja lambakan produk penjagaan wajah bermula daripada pencuci muka, krim anti penuaan, krim pelembap mata, pupur hinggalah kepada set bercukur yang kini sudah dikenali lelaki. Malah, golongan lelaki yang suatu ketika dulu cukup ‘geli’ apabila diminta menyapu losyen tangan kini tanpa segan selesa berkunjung ke pusat rawatan spa atau melakukan rawatan kuku.
Biar apapun tanggapan atau istilah metroseksual mengikut pemahaman diri, tidak salah rasanya golongan lelaki menyahut perubahan dari segi penampilan. Tidak perlu terburu-buru untuk melakukan transformasi, memadai andai menggunakan pencuci wajah. Sedikit alternatif dilakukan, tentu ada perubahan di kemudian hari.
Incoming search terms: