Salam semuaa.
Whey Protein? Weight Gainer? Hari ini saya nak jelaskan serba sedikit tentang Perbezaan Whey Protein dan juga Weight gainer yang mana mungkin boleh clearkan kekusutan anda tentang fungsi kedua – dua nya.

Whey Protein Terbaik?
Whey protein merupakan protein yang terdiri daripada asid amino di mana mempunyai kandungan karbohidrat yang sangat rendah. Dari segi produk, Whey Protein boleh didapati dalam tiga bentuk yang berbeza iaitu:
Whey Protein Concentrate
Mengandungi sedikit lemak dan laktos di antara 29% – 89% protein berbanding produk spesifik.
Whey Protein Isolate
Mengandungi sangat sedikit lemak, kolesterol dan laktos dan mempunyai 90% atau lebih protein.
Whey Protein Hydrolysates
Kebanyakan digunakan bagi sebab perubatan kerana lebih mudah untuk diserap dalam badan.
Whey protein biasanya diambil untuk menguruskan badan tetapi sekiranya anda teringin nak gemukkan badan tetapi kurang mampu nak beli suplemen untuk naikkan badan, whey protein merupakan alternatif tapi anda perlu lebihkan makanan harian iaitu lebihkan karbo dalam hidangan. Pemilihan whey protein terbaik, anda boleh baca previous post saya.
Weight Gainer?
Weight gainer pula adalah makanan tambahan yang mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi dan sesuai bagi anda yang nak gemuk dan membesarkan badan.
Incoming search terms:
Salam semuaa.
Kali ini sekali lagi entah kali keberapa saya masih nak share cara nak menambah berat badan untuk anda semua. Dah berkali – kali saya install tips nak kasi berat bertambah tapi dengan versi yang berbeza.

Cara nak menambah berat badan kali ini lebih kepada pembentukan atau senang cite transformation dari badan keding ke badan sasa. Teruja takkkk? Mesti mau teruja punya lahhh kan? Tips pertama anda kena tahu jumlah pengambilan kalori kerana nak membina otot badan, jumlah kalori yang diambil dalam sehari haruslah lebih tinggi dari diet harian anda. Otot dibina melalui lebihan kalori dan sekiranya jumlah kalori yang dibakar lebih daripada apa yang anda makan, persoalannya kat mana kita nak simpan lebihan kalori? Ada ker lebihan kalori kalau semuanya habis dibakar oleh badan kita? Kat sini lah yang saya maksudkan kena tahu jumlah kalori yang kita ambil.
Cara kedua nak tambah berat badan jugak melalui pengambilan kalori yang tinggi. Makin banyak kita ambik, kalori makin banyak tersimpan otot makin banyak nak dibentuk tapi jangan pulak pergi makan jajan berpaket – paket kang mau perut timbul berlapis – lapis. Jajan ini lebih kepada Junk kalori ibaratnya kalori sampahlaaa. Jadi, contoh makanan terbaik untuk tambah kalori ambiklahh nasi, pasta, kekacang dan susu.

Selain mengambil makanan yang tinggi kalori, saranan saya jangan segan – segan ambik protein untuk meningkatkan saiz otot anda. Tak ramai yang tahu apabila badan kita keding sebenarnya badan kekurangan protein jadi yang jadi mangsa adalah tisu otot yang menyebabkan badan semakin mengecil. Sekurangnya sehari tu ambik laa lebih kurang 1 gram protein dari daging, ayam, ikan dan telur tapi jangan pulak sampai terlebih protein karang terkena gout susah pulakk. Kehkehkeh!
Dah sibuk – sibuk tambahkan berat badan jangan pulak dibiarkan jadi mengeleber tak tentu pasal. Karang saya jugak yang kena maki bagi ilmu salah. Kehkehkeh! Apabila badan dah besar, rajinkan diri melakukan senaman kardio takpun senaman bebanan supaya badan lebih kemas dan padat. Saranan paling bagus lakukan senaman yang lebih kepada melatih otot dalam satu pergerakan.
Incoming search terms:
Salam semuaa..
Rasa macam pelik pun ada bila letak tips menjaga kucing mengandung. Kehkehkeh! Kali ini sekadar berkongsi cara menjaga kucing parsi yang mengandung memandangkan seekor dah meletup.
Cara nak menjaga ibu kucing ini tak sukar sepertimana nak jaga kucing yang dahpun bersalin. Tempoh kucing mengandung biasanya mengambil masa 2 bulan – 2 bulan 1/2 dan biasa seminggu selepas mengawan, saya akan terus kira waktu untuk mak labu ini meletup. Kehkehkeh!

Bukan apa, kalau time dia nak bersalin tiba – tiba pulak datang hal yang tidak dijangkakan? Haaa parah jugak! Kucing parsi tak semuanya pandai nak jaga anak terutama sewaktu beranak. Ada yang memang tak tahu nak potong talipusat dan ada yang tak pandai nak dukung anak. Kehkehkeh!

Selalunya, sewaktu kucing ini mengandung, saya tukarkan makanan biasa kepada makanan anak kucing supaya kitten mendapat protein lebih disertakan dengan susu. Sekali dua memang kucing ini akan menolak tapi kalau anda buatkan susu yang pekat dan kerap suapkan dulu, kali keempat tu tak payah tunggu kita suap. Dia sendiri datang nak minum. Kehkehkeh!
Kucing ini biasanya berdisiplin. Kalau kita bagi makan pukul 8 pagi esoknya mestilaa kena waktu yang sama supaya baby ini mendapat nutrien yang secukupnya. Seeloknya kalau kat rumah tu ada binatang kecik seperti lipas, cicak dan serangga yang tidak diingini, jangan lupa bersihkan kerana kucing parsi ini sangat sensitif pada serangga kecil dan mudah terkena jangkitan kuman.
P/s: Susahnya nak jaga anak kucing baru lahir. Haihhhhhh!
Incoming search terms: