Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mati akibat kecederaan semasa dia bertempur di bandar kelahirannya di sini semalam. Gaddafi yang memerintah Libya sejak 1969 itu mati selepas ditangkap oleh kumpulan para pejuang yang menentang kepimpinannya sejak Februari lalu.

Teruskan Membaca
Incoming search terms:
Salam semuaa…
Maaf ye semua, lama pula tak ber-update darkbatman dot com ni. Cewahh, saya cakap macam la saya ni ramai sangat peminat. Eh ade ker? Kehkehkeh! Kesibukan bekerja tidak mengizinkan saya untuk update blog lebih kerap.
Ohh ye, kerinduan pada blog bakal terubat lepas ni sebab dengan rasminya streamyx sudah pun di pasang di rumah. Kehkehkeh! Ketinggalan pula rasanya bila saya baru je pasang streamyx di rumah.

Tips yang saya nak kongsikan kali ini adalah mengenai stail rambut lelaki. Lelaki jangan memandang remeh tentang penjagaan rambut! Walaupun sekarang ni ramai yang sukakan fesyen “tidak sikat rambut” atau pun yang berkilau macam Justin Bieber, rambut tetap aset penting yang menyumbang kepada penampilan hebat seseorang lelaki!
Nasihat saya yang pertama, biarkan rambut kering dengan sendirinya di bawah kipas sebelum menggayakan rambut.
Untuk gaya formal : Sapu gel rambut pada tapat tangan, dan lurutkan pada rambut dengan rata. Gel memastikan rambut kita sentiasa kemas dan mengekalkan gaya. Lepas ratakan gel, sikat rambut dengan kemas, sesuai dengan penampilan formal.
Masa ni rambut saya sudah panjang sedikit!
Untuk gaya kasual : Ini cara yang saya biasa guna. Cuma sapu wax atau krim penggaya rambut yang banyak dijual di kebanyakan kedai. Kemudian, gayakan rambut dengan stail yang diingini.
Kalau inginkan rujukan stail rambut yang paling terkini, search sahaja di Google. Kehkehkeh! Dalam majalah pun lebih banyak tips yang berguna untuk penggayaan rambut lelaki. Apa-apa pun, yang penting rambut juga memerlukan perawatan di salon atau dengan penggunaan produk tertentu untuk mengelakkan rambut nampak kusam!
P/s : Bila la pulak saya ada masa nak pergi salon? Saya sekadar beli produk yang disyorkan oleh jurugaya rambut. Kehkehkeh!
Incoming search terms: