Isu Fasha Sanda dan (Rizal Ashram Ramli) Jejai putus cinta nampaknya masih belum reda. Hari ini, Fasha Sandha mengulas kenyataan Nora Danish yang mengatakan beliau dan Jejai sudahpun putus sejak 2 bulan lalu.
Fasha Sandha mengatakan kenyataan Nora dalam akhbar ini semalam menguji kesabarannya untuk memberi kenyataan balas dengan mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku antara dia dan Jejai.
“Nora tidak perlu bercakap perkara yang tidak betul dan Nora juga tidak perlu masuk campur di atas kronologi hubungan saya dan bekas suaminya sekiranya benar dia bukan punca perpisahan kami. “Cukuplah Nora sekadar memberikan kenyataan dia lega kerana bekas suaminya itu cuba mempertahankan yang bukan dia punca perpisahan kami. Nora mengambil langkah tidak betul kerana memberikan kenyataan tanpa mendapat fakta yang benar. “Dengan ini, lagi sekali saya menegaskan kami berpisah pada 18 Januari. Biar saya dan Jejai saja yang tahu punca perpisahan kami. Saya harap Nora lebih berhati-hati dan mendapatkan fakta bukti yang kukuh serta tepat sebelum memberikan kenyataan pada media. Sekiranya dia di pihak benar, tidak perlu dia melatah dan meyakinkan pembaca dengan memberi informasi yang tidak benar,” katanya.
P/s: Tak guna bergaduh sesama sendiri demi seorang lelaki, Ramai lagi kumbang kat luar sana yang masih single.
Incoming search terms:
- fasha sanda (476)
- fasha sandha dan rizal ashram (69)
- fasha sandha gemuk (54)
- jejai (53)
- nora danish dan anak 2012 (31)
- fasya sanda (22)
- gambar fasha sandar (20)
- Fasa sanda (16)
- fasha sandha kahwin rizal ashram (11)
- gambar fasha sanda (11)








