DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Senaman Membentuk Perut Bawah

OFF

 

Memiliki perut yang sempurna merupakan idaman hampir kesemua lelaki. Kalau diberi pilihan 6pax dan 1 pack rasanya 90% memilih sixpack. untuk perut yang sempurna memerlukan beberapa latihan senaman tapi kali ini sayaberkongsi tips senaman membentuk perut bawah. Kehkehkeh!

Untuk melatih perut bawah,yangperlu dilakukan adalah dengan mengetahui cara latihan ini, di mana orang belajar untuk meningkatkan kekuatan kaki dan otot perut. Ini dilakukan dengan berbagai jenis latihan kaki, dan latihan yang kompleks di mana lebih dari satu otot digunakan untuk melakukan gerakan. Berikut ini beberapa gerakan dasar untuk latihan perut bawah.

Leg Walks

Latihan ini dapat dilakukan dengan berbaring telentang, tangan diselitkan tepi pinggang untuk memastikan bahawa punggung lurus. Angkat kedua kaki tanpa menekan lutut dari lantai. Perlahan – lahan lepaskan satu kaki ke lantai, hingga hanya beberapa sentimeter dari lantai, pertahankan posisi ini selama beberapa minit dan bawa kaki kembali ke posisi 90 darjah. Ulangi gerakan untuk kaki yang lain. Latihan ini dapat diulang 8-10 kali untuk kedua kaki.

Reverse Crunch

Latihan ini harus dilakukan di atas decline bench. Baring di atas bench. Pastikan punggung tidak melengkung. Perlahan-lahan bawa lutut ke dada dengan mengkontraksikan otot perut bawah Anda. Lepaskan kaki dan ulangi beberapa latihan perut bawah yang lebih kompleks termasuk latihan seperti push up, pull up, squat dan sebagainya. Latihan-latihan ini, bila dikombinasikan dengan latihan kardio yang baik, dapat menjadikan mimpi anda untuk mendapatkan perut yang sempurna menjadi kenyataan. Selamat berusaha!

Incoming search terms:

Pentingnya Menukar Tagline di Nuffnang Site

Kalau tajuk entri pasal nuffnang, tangan kita laju jer nak klik kan? ahaha. Entri ini sebenarnya untuk mereka yang rasa pentingnya nak cari advertiser untuk mengisi kekosongan iklan kat tepi sidebar blog anda.

Sebelum ini, saya agak malas menukar tagline darkbatman dari permulaan berblogging lagi sehinggalah semalam, ada yang berminat untuk beriklan dalam blog darkbatman. Malangnya, beliau tidak berminat kerana mungkin beliau fikir saya menipu traffic kerana tagline di dalam blog tidak sama dengan analytic nuffnang. hoho!

Our Mind is Our Playground merupakan tagline kedua saya semasa berplatformkan blogspot pada permulaan tahun 2010. Logo ini merupakan trademark bagi blog aieseifer.blogspot.com tapi dah berkubur dah. ahaha.

Lelaki.Kacak.Maskulin merupakan tagline ketiga yang paling lama saya pakai setakat ini. Tapi semakin hari, makin ramai yang salah faham ”ada yang fikir saya tujukan buat diri sendiri”. ahahaha. Kalaulah kacak… hikhik.

Tagline terakhir yang tengah beraksi di blog darkbatman adalah ”Bermulanya Sebuah Transformasi” baru saja diguna pakai lebih kurang sebulan. Fuhh, banyak juga rupanya tagline yang saya guna.

A Story of A Heartless Man ini merupakan tagline pertama semasa mula – mula berblogging dulu. Mamat jiwanglah katakan ”tutup muka weh”. ahahaha. Masa tu, header memang takde, yang ada cuma traffic seminggu pertama saya bersama nuffnang.

Traffic semasa yang saya letak ini bukanlah untuk saya menunjuk tetapi untuk mereka yang rasa nak beriklan di sidebar darkbatman. Harga untuk iklan sidebar Rm30 saja. hehe!

P/s: Hari ini,blog darkbatman dipinang oleh satu lagi advertiser baru dan jawapan saya ”nuffnang tetap menjadi pilihan utama”. ”With a limited time offer, you can join +++ as publisher and enjoy 70% revenue sharing** (70% on you, 30% on ++++)”. Duit hanyalah sampingan untuk kuatkan semangat saya berblogging tapi keseronokan adalah keutamaan saya. ”Saya tak sanggup madukan nuffnang”. Oh, Tidak! ahaha.


Incoming search terms:

Bajet 2011 l Transformasi Malaysia

Hari ini, bajet 2011 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia,  Datuk Seri Najib Razak dan apa yang menariknya selain menunggu pemberian bonus kakitangan awam 2011, bajet Malaysia ini merupakan bajet pertama di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10).

 

 Sedikit ringkasan tentang bajet 2011 yang akan dibentangkan petang ini :

 

Perkara berkaitan pekerjaan terutama pelaksanaan gaji minimum, cukai dan subsidi, kualiti dan kos pendidikan serta menaikkan taraf perkhidmatan internet dan jalur lebar adalah antara topik yang dibangkitkan.

Permintaan untuk peningkatan insentif kepada mereka yang kurang bernasib baik, kawalan ke atas harga barangan pengguna, peningkatan pembangunan di kawasan pedalaman bagi menarik peluang komersial kepada golongan muda, insentif untuk pembangunan teknologi hijau, peningkatan peruntukan untuk keselamatan negara dan program mengatasi pendatang tanpa izin.

Kerajaan mungkin akan memansuhkan duti setem atau potongan cukai bagi faedah pembelian rumah pertama bagi meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat dan pada masa sama merangsang sektor pembinaan.

Bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat, tumpuan juga akan diberi dalam sektor kesihatan, pengangkutan awam, pendidikan dan keselamatan. Cukai rokok dan tembakau serta minuman keras pula dijangka dinaikkan.

 Bagaimana dengan bonus gaji kakitangan awam?  Kemungkinan kerajaan akan memberi bonus sebulan gaji atau sekurang-kurangnya sagu hati RM1,000 kepada kakitangan awam. Kaya lah kalau dapatkan? hehe!

 

  

P/s: Walaupun saya tidak merasa bonus kakitangan awam 2011, tetapi saya menyokong dengan kenaikan cukai rokok dan minuman keras. hehe! Mesti ramai yang tak sabar menunggu bajet 2011 nanti. heh!

 

Incoming search terms:

Muka Surat : 12Depan »