DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Yuna Hotlink Powered Concert l 10,000 Unlock Tiket to Grab!

 

Salam semuaa..

 

Anda pengguna setia hotlink? Minat Yunalis Zarai? Haaa memang beruntung besar laaa sebabnya kali ini Hotlink bekerjasama dengan Yuna untuk merealisasikan konsert maya Yuna yang pertama pada 14 Disember 2011 nanti. Konsert yang boleh anda tonton secara live streaming wooooo! Tak payah bazirkan duit, tak payah nak beratur panjang, tak payah nak berebut beramai – ramai! Semua ada dihujung jari anda. Kehkehkeh!

Yuna in red! The gorgeous one.

Konsert maya ini dipanggil  Hotlink’s People Power Concert di mana anda boleh menonton eksklusif secara online sambil baring mahupun berenang di atas sofa. Kehkehkeh!

Nak tengok secara online tak susah pun, anda cuma perlu register di www.nowyoucan.my/yuna. Tapi hanya terbuka kepada hotlink subscriber sahaja! Ada 10,000 tiket untuk di Unlock! Hurry up guys!

Maklumat lebih lanjut tentang konsert virtual Yuna, anda boleh masuk ker facebook Hotlink People Powered Concert.

 

Saya dapat tahu 10,000 tiket untuk diunlock ini pun setelah pergi ke Sidang Media bersama Yuna dan Hotlink di The Bee @Jaya One. Sempat berjumpa dengan Michelle Melodi. Kehkehkeh!

Selalunya pergi media press, makanan mesti superb! Paling best tu haaa roti tortilla dan salad. Bekali – kali menambah punya laa sedap! Nyum3!

Spaghetti ini nampak sedap tapi masih tak boleh lawan roti tortilla. Kehkehkeh!

Antara blogger yang hadir Nisa Kay dan Kak Sha.

Spot nuffies, Farah and Yuenyee

 Spot aktive bloggers and Nuffies. Nisa Kay, Farah, me, Cik EpalKak Ina KLKak Sha, Joel, yuenyee dan Rabiatul Adawiyah.

 

 More Picture: di Fanpages Darkbatman.com

 

 

Incoming search terms:

Makanan Diet Rendah Kalori

 

Salam semuaa..

Rasanya hampir setengah tahun menyepi dengan resepi makanan diet rendah kalori bagi anda yang nak kuruskan badan dengan ideal. Kali ini, resepi saya simple dan mudah untuk dihidangkan masa breakfast.

Bahan – bahan yang nak digunakan:

Pita Bread ataupun roti tortilla

Lemon

Buah Tomato

Salad

Tuna mayonnaise

Untuk tuna mayonnaise ayam brand ini, saya ambik yang 30% Low Fat jadi kalori rendah, lemak pun takut nak dekat! Kehkehkeh!

Roti pita tadi dipanaskan di dalam kuali selama 3 minit supaya lebih lembut dan rangup sebelum dimasukkan bahan – bahan yang disediakan.

Apa beza roti pita dengan roti biasa? Roti biasa ini selalunya lebih karbohidrat jadi saya sarankan amek pita bread ini kerana lebih rendah kalori tapi perut anda akan cepat kenyang. Dah masukkan bahan – bahan tadi, bolehlaaa terus makan.Wahahahaha!

P/s: Jom layan video special makanan diet rendah kalori dari darkbatman.com. Kehkehkeh!

Incoming search terms:

Tortilla breakfast versi Darkbatman

 

Salam untuk semua pembaca saya. Hari ini, saya ingin berkongsi tips tentang pemakanan yang sihat khasnya untuk lelaki yang mementingkan badan yang ketul- ketul dan solid molid untuk perempuan. ahaha. Kaum perempuan tidak digalakkan membaca entri ini sebabnya masakan ini khas untuk lelaki single dan kacak seperti saya. ahaha. Jom bersama saya untuk menghangatkan dapur anda semua.

Teruskan Membaca

Incoming search terms: