Salam semuaa..
Celcom nampaknya mengambil inisiatif yang terbaik untuk pelanggan mereka dengan memperkenalkan pelan terbaru Samsung Galaxy Tab II dengan Celcom Broadband pada harga serendah RM1,468, dan hanya memerlukan pembayaran pendahuluan sebanyak RM150 sahaja.
Paling menarik, Samsung Tab II yang kini sudahpun dilancarkan baru – baru ini tampil dengan rekabentuk yang lebih elegan dan stylo.
Galaxy Tab 10.1 ni mempunyai 1GB RAM dengan 1Ghz Dual Core NVIDIA Integra Processor dengan visual gambar yang jelas dan nyata. Galaxy Tab 10.1 lebih ringan berbanding yang dulu di mana hanya 595gram sahaja dengan saiz 256.7mm x 175.3mm x 8.6mm.
Dengan rekabentuk yang ringan dan lebih nipis membolehkan anda membawanya ke mana saja tanpa perlu membawa laptop.
Paling saya suka dengan Samsung Galaxy Tab II ini part sound system. Memang terbaik sebab full hd hingga 1080p dan ada dua speaker jadi kalau dengar lagu memang boleh buat kita teruja. kehkehkeh!
Selain sound dia yang best, Samsung Galaxy Tab II ini jugak ada 2 kamera depan dan belakang. Best wooahhhh!
Memang gempakkan Samsung Galaxy Tab II yang terbaru ini tapi yang bestnya dengan bayaran pendahuluan sebanyak Rm150, anda mampu memiliki gadget ini dengan Celcom.
Celcom menawarkan dua pakej berbeza, iaitu Broadband Basic dengan komitmen bulanan sebanyak RM68, dan juga Broadband Advance dengan komitmen bulanan sebanyak RM98.
Kenapa mesti memilih Samsung Galaxy Tab II dengan Pelan Celcom?
Bagi saya terutama blogger tegar yang memerlukan smartphone dengan aplikasi seperti laptop, Samsung Tab II merupakan gadget yang paling sesuai kerana selain support HSDPA+, Wifi dan juga 3G, pelan broadband Celcom memberikan kelajuan yang tinggi dan juga kestabilan internet yang anda perlukan.
Dengan life bateri yang mampu bertahan selama 72 jam, semestinya Samsung Galaxy Tab II ini merupakan penganti yang terbaik kepada laptop tapi lebih memudahkan urusan harian anda setiap masa dan di mana saja anda berada.







