DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Lelaki pun Menopause?

Salam semuaa.

 

Secara fisiologinya, orang lelaki adalah berbeza dengan wanita. Apabila wanita putus haid, hilanglah keupayaan reproduktif mereka iaitu untuk mengandung dan melahirkan anak. Maka berlakulah apa yang sering disebutkan sebagai menopaus atau situasi apabila paras hormon estrogen menjadi terlalu rendah.

Simptom seperti keletihan, sakit sendi, kurang nafsu dan faraj kering boleh timbul sejurus sebelum putus haid atau selepas berlakunya putus haid.

Bagi lelaki, penurunan paras hormon testosteron berlaku secara perlahan-lahan bermula akhir 30-an atau awal 40-an dan berterusan ke akhir hayat. Keadaan ini dipanggil sindrom kurang hormon testosteron. Penurunan hormon testosteron ini boleh berlaku amat perlahan atau mendadak ke paras yang sangat rendah sehingga memberikan simptom yang ringan, sederhana mahupun teruk. Corak penurunan ini banyak bergantung kepada tahap kesihatan seseorang lelaki itu.

Contohnya, jika anda menghadapi masalah kegemukan, darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung, maka paras hormon akan menjadi sangat rendah manakala jika anda mengamalkan corak kehidupan yang positif dan sihat, maka paras hormon tersebut mungkin tidak menurun atau menurun dengan kadar sangat perlahan malah mungkin tidak ada simptom langsung.

Simptom yang biasa berlaku kepada lelaki hampir sama dengan simptom menopaus dialami wanita iaitu keletihan, sakit sendi, cepat mendapat tekanan, kurang nafsu atau libido, kurang kekerasan zakar dan air mani serta banyak lagi simptom yang tidak begitu spesifik.

P/s: Jangan lupa amalkan cara hidup sihat dan positif dalam kehidupan seharian.

Incoming search terms:

Batu Karang Petanda Penyakit Buah Pinggang

 

Salam semuaa.

Batu Karang dan Lelaki seumpama adik beradik tak mampu nak dipisahkan.  batu karang jangan diambil mudah kerana ia boleh menjejaskan aktiviti seharian.

pix_gal0

Batu karang merujuk keadaan yang mana wujud sisa mineral halus seakan-akan batu kristal di sepanjang saluran kencing. Saluran ini merangkumi organ seperti buah pinggang, ureter, pundi kencing dan urethra yang berfungsi menapis darah untuk membuang kekotoran yang kemudian disingkir dari tubuh.

Pembentukan batu biasanya bermula di buah pinggang sebelum bergerak ke bahagian lain saluran kencing hingga tersumbat di tiub yang lebih kecil seperti batu pundi, batu uriterik dan batu buah pinggang menyebabkan pesakit berasa sakit yang teramat sangat.

Penyakit batu karang lebih mudah menyerang lelaki berbanding wanita iaitu pada nisbah tiga lelaki bagi setiap seorang wanita. Ini disebabkan lelaki memiliki hormon testosteron yang tinggi dan menjelaskan mengapa orang tua dan kanak-kanak jarang mendapat penyakit ini memandangkan hormon testosteron mereka rendah. Mungkin ada yang belum tahu, batu karang terbentuk dalam buah pinggang. Di buah pinggang inilah berlakunya proses penapisan darah bagi menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan badan melalui air kencing dan najis. Kehadiran batu karang boleh menjadi petanda buah pinggang mula mengalami kerosakan.

Incoming search terms:

Kesan Buruk Menggunakan Steroid

Salam semua.

Dalam proses membina badan, steroid adalah perkara yang familiar. Kebanyakan atlit memang mengambil steroid supaya badan nampak lebih sasa tapi ada jugak sesetengah daripada mereka yang nak membina badan turut sama mengambil benda alah ini tanpa tahu apa kesan dia. Nampak body cantik, semua nak ikut sama tapi kesannya? Sendiri ambil sendiri tanggung.

Anabol

Kesan sampingan adalah darah tinggi dan boleh membawa kegagalan jantung untuk berfungsi.

Deca Durobolin

Organ seksual susah dirangsang dan perlu dipakai dengan testosterone. Biasanya, Deca Durobolin digunakan untuk sakit – sakit sendi tapi kerap disalahgunakan dalam membina badan.

Winstrol

Biasanya diguanakan dalam perlumbaan kuda lumba untuk menambah stamina tapi mempunyai kandungan toksik yang tinggi menyebabkan masalah hati. Selain itu, boleh menyebabkan jerawat dan mengeringkan sendi.

Anadrol

Anadrol mampu menambah otot dalam masa yang singkat dengan retensi air. Kesan utama jugak pada hati.

Incoming search terms: