DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Senaman Cardio @ Fat Burner

Salam semuaa..

Ramai yang bila bersenam mesti akan sebut Senaman Cardio tapi anda apa maksud kardio ini? Cardio ialah suatu bentuk senaman yang menguji dan memperbaiki stamina apabila sesuatu perbuatan diulang banyak kali dalam tempoh-tempoh tertentu, pada intensity tertentu.

Senaman  cardio adalah senaman yang mampu membuat jantung anda berdegup lebih laju berbanding biasa, dan berpeluh dengan lebih banyak berbanding biasa. Ini termasuklah jogging, berlari, bermain futsal, berenang, skipping dan berbasikal.

Kardio yang dilakukan lebih daripada 20 minit akan membakar lemak tetapi dengan syarat tiada pengambilan karbohidrat dibuat 4-5 jam sebelum senaman kardio tersebut dilakukan. Maknanya setiap kali melakukan cardio, anda perlu melakukan exercise lebih daripada 20 minit baru lemak nak hilang.

 

 

 

 

Admin by Penmerah.com

Incoming search terms:

Waktu Sesuai Untuk Senaman Kardio?

 

Salam semuaa..

Senaman kardio atau lebih dikenali sebagai senaman kardiovaskular merupakan senaman yang boleh kuruskan badan anda dengan cara meningkatkan pengepaman darah dari jantung ke seluruh badan anda melalui sistem peredaran darah dalam tubuh.

Contoh senaman kardio ialah seperti berlari, berjogging, berjalan, senamrobik dan berenang. Kelebihan senaman bebanan ini saya dah ulaskan sebelum ini jadi rajinkan diri laa ye masuk entri lama. Kehkehkeh!

 

Bila waktu terbaik untuk melakukan senaman kardio ini? Sebaiknya selepas melakukan latihan bebanan kerana setelah buat latihan bebanan, badan sudah membakar glukosa dan glikogen simpanan jadi senaman yang dilakukan selepas bebanan tadi akan membakar lemak sebagai sumber tenaga.

 

 

P/s: ”Melakukan senaman kardio pada waktu pagi akan menyebabkan otot dibakar sebagai sumber tenaga”. Ini kerana waktu pagi, paras glukosa sangat rendah begitu juga paras asid amino.

Incoming search terms:

Cara Berlari Yang Betul Untuk Menguruskan Badan

Berlari merupakan salah satu cara untuk menguruskan badan dengan cepat dan betul. Mereka yang menghabiskan masa selama 60-90 minit melakukan senaman ini setiap hari akan berjaya mengurangkan berat badan dengan cepat. Anda mahu ”badan terasa lebih ‘fit’, ukuran pinggang semakin mengecil, dan yang paling menyeronokkan, berat badan berkurangan’‘?

Teruskan Membaca

Incoming search terms:

Muka Surat : 12Depan »