Memiliki perut yang sempurna merupakan idaman hampir kesemua lelaki. Kalau diberi pilihan 6pax dan 1 pack rasanya 90% memilih sixpack. untuk perut yang sempurna memerlukan beberapa latihan senaman tapi kali ini sayaberkongsi tips senaman membentuk perut bawah. Kehkehkeh!
Untuk melatih perut bawah,yangperlu dilakukan adalah dengan mengetahui cara latihan ini, di mana orang belajar untuk meningkatkan kekuatan kaki dan otot perut. Ini dilakukan dengan berbagai jenis latihan kaki, dan latihan yang kompleks di mana lebih dari satu otot digunakan untuk melakukan gerakan. Berikut ini beberapa gerakan dasar untuk latihan perut bawah.
Leg Walks
Latihan ini dapat dilakukan dengan berbaring telentang, tangan diselitkan tepi pinggang untuk memastikan bahawa punggung lurus. Angkat kedua kaki tanpa menekan lutut dari lantai. Perlahan – lahan lepaskan satu kaki ke lantai, hingga hanya beberapa sentimeter dari lantai, pertahankan posisi ini selama beberapa minit dan bawa kaki kembali ke posisi 90 darjah. Ulangi gerakan untuk kaki yang lain. Latihan ini dapat diulang 8-10 kali untuk kedua kaki.
Reverse Crunch
Latihan ini harus dilakukan di atas decline bench. Baring di atas bench. Pastikan punggung tidak melengkung. Perlahan-lahan bawa lutut ke dada dengan mengkontraksikan otot perut bawah Anda. Lepaskan kaki dan ulangi beberapa latihan perut bawah yang lebih kompleks termasuk latihan seperti push up, pull up, squat dan sebagainya. Latihan-latihan ini, bila dikombinasikan dengan latihan kardio yang baik, dapat menjadikan mimpi anda untuk mendapatkan perut yang sempurna menjadi kenyataan. Selamat berusaha!
Memiliki perut Sixpack merupakan idaman kebanyakan lelaki Malaysia. Video takde untuk diselitkan kerana latihan ini simple dan ringkas tapi rasanya anda boleh faham. Hanya menggunakan dumbell sebagai beban tapi pastikan kaki anda mampu mengangkat beban yang dipilih.
Latihan dilakukan sebanyak 3 set di mana 1 set = 20x reps. Senaman membentuk perut yang flat sebenarnya bergantung kepada kerajinan dan teknik yang betul. Bukan senang untuk senang tapi takde yang mustahil sekiranya anda nekad dan berusaha untuk tampil dengan badan yang mantap.
P/s: Selain work out, pastikan pemakanan yang diambil adalah yang diperlukan untuk badan.
Seharian bertungkus lumus siapkan video exercise untuk reader saya yang dah lama follow blog darkbatman dan jugak mereka yang teringin nak senaman untuk membentuk sixpack. Sebelum ini, ramai yang request untuk saya hasilkan video senaman supaya lebih senang nak faham jadi sekali lagi saya hasilkan video Tips Rahsia untuk membentuk perut sixpack.
Nak perut sixpack ini bergantung pada latihan yang kita buat dan tak semestinya wajib ikut buku saja. Menggunakan dumbell sebagai tambahan berat supaya bantuan untuk tambah bebanan dengan rapatkan dumbell pada chest ataupun naikkan ke atas dada. Bergantung pada keselesaan anda. Tarik nafas dan hit sebanyak 20 kali (3set).
Tapi kalau mampu, lebihkan set untuk dapatkan hasil yang lebih mantap dan pada mereka yang baru saja bermula untuk work out, jangan terburu – buru takut nanti badan stress tak mampu menerima beban yang diambil.
Untuk anda semua, layan Video Tips Senaman Dapatkan Perut Sixpack!
P/s: Setiap masa, video akan diselitkan dalam setiap entri exercise supaya anda lebih faham. Kehkehkeh!