DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

3 Langkah Mudah Mengesan Gula Tambahan Dalam Susu Tepung

 

Karbohidrat merangkumi sebahagian besar daripada pengambilan kalori kanak-kanak dan selepas dimakan, semua karbohidrat akhirnya akan menjadi gula dalam badan dan merupakan sebahagian daripada faktor yang menyebabkan kegemukan dikalangan kanak – kanak. Gula tambahan ini sering dirujuk sebagai ‘kalori kosong’ dan pengambilan berlebihan meningkatkan risiko berat badan berlebihan dan kegemukan.

Sesetengah keluarga menganggap, pemgambilan gula tambahan adalah sihat disebabkan nama ramuan kurang dikenali seperti sukrosa, maltose, dekstrin, sirap jagung dan sirap glukosa dan ramai ibubapa memberikan terlalu banyak gula tanpa disedari.

Semua kandungan dalam susu tepung iaitu karbohidrat adalah gula. Paras laktosa semula jadi dalam susu biasa adalah kira-kira 11 hingga 12 gram setiap hidangan, ini bermakna jumlah karbohidrat dalam setiap hidangan ialah petunjuk yang boleh dipercayai untuk menentukan anggaran gula tambahan dalam produk susu. Tips mudah nak mengesan gula tambahan adalah dengan :

1. Ingat nama-nama atau jenis gula tambahan seperti sukros, sirap jagung, sirap glukos, maltose dan dekstrin.

2. Periksa dan kaji senarai kandungan susu tepung di mana bahan paling atas lazimnya mempunyai kandungan paling tinggi.

3. Nilai Panel Maklumat Pemakanan (NIP) – bacaan yang menunjukkan paras laktosa semula jadi melebihi 11 hingga 12 gram menunjukkan adanya gula tambahan.

 

 

Incoming search terms: