Salam semuaa.
Minggu lepas, saya mendapat jemputan daripada alternate pictures untuk menonton Bujang Terlajak Belum Terlanjur lakonan Fazura, Nabil, Apek dan Johan di GSC Signature Garden Midvalley.
![Post image for [Review] Review Bujang Terlajak, Nabil, Johan dan Apek Berebut Fazura?](http://andyhowtt.com/wp-content/uploads/2011/12/gallery-374x540.jpg)
Tengok pada poster semestinya nampak filem ini sebagai komedi romantik di mana 3 bujang terlajak bersaing untuk mendapatkan seorang gadis cantik. Baca dulu Sinopsis Bujang Terlajak Belum Terlanjur;
Sinopsis Bujang Telajak
Bujang Telajak mengisahkan mengenai 3 rakan karib iaitu Saiful, Nabil dan Johan yang jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis bernama Puteri (Fazura).
Mereka bertiga adalah ahli silap mata profesional. Ketika membuat rakaman penggambaran sebuah iklan, mereka tertarik dengan Puteri yang menjadi model untuk iklan itu.Tiga sekawan ini mengekori Puteri sehingga mereka mengetahui yang Puteri adalah seorang guru tadika dan juga model sambilan. Bagi mengenali Puteri dengan lebih rapat, Saiful mencungkil rahsia untuk menambat hati Puteri daripada ayah Puteri yang buta, Haji Hashim (Mustapha Kamal).
Dia diberitahu Puteri ingin berkahwin dengan seorang yang kurang upaya kerana Puteri percaya bahawa dia akan mendapat cinta sejati seperti yang dialami oleh ibunya. Oleh itu ketiga-tiga mereka mula menyamar dengan niat untuk memenangi hati Puteri. Pelbagai helah mereka gunakan untuk meraih kasih Puteri termasuk menggagalkan rancangan antara satu sama lain. Siapakah yang bakal memenangi hati Puteri?
Senarai para pelakon Bujang Telajak :
Saiful Apek sebagai Saiful
Nabil Raja Lawak sebagai Nabil
Johan Raja Lawak sebagai Johan
Nur Fazura sebagai Puteri
Mustapha Kamal sebagai Hashim
Susan Manen sebagai Hashima
Shaheed Salim sebagai Jibab
Review Filem Bujang Terlajak Belum Terlanjur

Permulaan cerita dengan 3 sekawan yang ingin memikat hati puteri untuk dijadikan isteri malangnya Putri hanya akan berkahwin dengan lelaki yang kurang upaya kerana ingin menjadi seperti ibunya yang berkahwin dengan ayahnya seorang yang buta tapi mempunyai keluarga bahagia.

Untuk memiliki hati puteri, 3 sekawan berpakat menjadi buta, bisu dan pekak.
Lakonan ketiga pelawak Johan, Nabil dan Apek sememangnya menjadi kerana sepanjang masa saya tergelak besar tanpa sedar terutama apabila babak dorang bertukar menjadi perempuan. Rasa nak pecah perut apabila tengok Johan yang memakai purdah dan menyanyi ala – ala arab. Belum lagi reda gelak Apek muncul pakai sari lepas tu Nabil dengan pakaian perempuan yang sememangnya membuat anda pecah perut. Lakonan Fazura? Memang mantap tak sedar sejam lebih menonton habis macam tu jer. Kehkehkeh!
Tapi saya paling suka watak Nabil yang bercakap seperti sotong sponge bob, Squidward. Terfikir macam mana setiap masa Nabil boleh bertutur seperti squidward yang lancar sepanjang waktu memikat hati Putri. Hebat wooooo! Tapi penipuan ketiga sahabat ini terbongkar dan siapa pilihan Putri kenalah tengok sampai habis. Bagi saya, tak rugi dan memang berbaloi kalau beli tiket untuk tengok lakonan mantap Fazura, Apek, Johan dan Nabil.
P/s: Bujang Terlajak Belum Terlanjur akan ditayangkan pada 19 Januari 2012 nanti serentak di 70 pawagan. Rasa nak pergi tengok lagi sekali.


