DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Samsung Galaxy Tab 8.9 pada Harga Serendah 1,288??

 

Salam semuaa..

Sekali lagi Celcom menawarkan harga TERENDAH sepanjang zaman buat pengguna setia dengan Rm1,288 untuk SAMSUNG GALAXY TAB 8.9.

Bestnya Galaxy Tab 8.9, dilengkapi dengan Android 3.1 Honeycomb, skrin seluas 8.9-inci, cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, kamera hadapan 2-megapixel, kamera belakang 3-megapixel dan juga storan terbina sebesar 16GB cukup besar untuk download games sebanyak mungkin.

Dengan teknologi yang super canggih semestinya memerlukan rangkaian yang terbaik di mana saja kita berada and Thanx to Celcom kerana memberikan Great Connection selain pilihan smartphone yang menjimatkan.

Walaupun Galaxy Tab 8.9 lebih kecil berbanding Galaxy tab 10.1 tetapi spec dia terutama Skrin HD jauh lebih baik. Berita baik buat peminat smartphone ini, kini celcom menawarkan  pelan broadband yang jauh berbaloi – baloi.

Celcom bukan saja menawarkan galaxy tab 8.9 malah dua lagi keluarga Galaxy tab iaitu Samsung Galaxy Tab (7”) boleh diperolehi pada harga RM668 dan Samsung Galaxy Tab 10.1 serendah RM1,468.

 

 

 

P/s: Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari www.celcom.com.my/smartphones.

Incoming search terms:

Rebut Samsung Galaxy Note dengan Rm1368 sahaja?

 

Salam semuaa.

Rasanya Samsung Galaxy S II belumpun reda kali ni Samsung sekali lagi membuatkan peminat gadget bakal demam berbulan – bulan dengan kemunculan smartphones terbaru Samsung Galaxy Note.

Woaaahhh memang terbaik laaahh! Sebelum ni, kalau tanya kawan – kawan mesti semua suggestkan Galaxy S II sebab nampak stylo dan user friendly tapi sekarang fuhhh tak tahu dah nak pilih yang mana satu.

Dengan Samsung Galaxy Note, jadual harian akan lebih tersusun dan bestnya bila boleh layan games yang tak terkira banyak woooo kiranya dengan smartphones terbaru, hidup anda takkan rasa sunyi.

Kalau sebut samsung mesti dah tau dah skrin mesti terbaik punya 5.3” HD Super AMOLED. Cuba tengok gambar atas tu siap boleh tengok bintik hitam kat hidung kucing so kalau anda rasa nak check jerawat secara free, Samsung Galaxy Note pilihan utama wooo!

Kali ni, Samsung Galaxy Note ni dilengkapi dengan internal memory 16gb boleh pulak upgrade dengan 32 gb dah konpem laa boleh download games sebanyak mungkin. Teruja pulak bila tengok spec kali ni. Bukan setakat tu saja sebabnya Samsung Galaxy Note ni jugak dilengkapi dengan 1.4 GHz dual-core processor jadi takde lah nak hang bila main games. Terbaik meyhh!

Dalam banyak application, yang menarik hati tang S pen Stylus. Memang stylo sebab boleh lukis mengalahkan notepad. Mau leka sepanjang hari dari pagi sampai malam. Smartphones ni jugak ada kamera kat bahagian depan 2Mp dan 8 mp kat bahagian belakang kiranya bila snap tu bolehla pusing 360 ikut sukahati. Teruja gila kan? Fuhhhh tapi jangan teruja setakat phone jer mesti harga pun mau teruja jugak!

Kali ni, Celcom ada tawaran menarik buat pengguna setia iaitu Celcom Exec dengan harga SERENDAH RM 1,368 sahaja! Harga asalnya Rm2,299 tapi dengan celcom, banyak murahhhhhhh! Gila ah boleh rembat satu nanti. Hari ni, celcom dahpun launching Samsung Galaxy Note ni 10am-10pm di Pavillion, JUSCO AEON Tebrau, JB; dan Queensbay Mall, Penang.

P/s: Celcom memberikan pelan dan rangkaian yang terbaik sesuai dengan keperluan anda semua. Nak tahu lebih lanjut tentang plan dan tawaran hebat dari Celcom, boleh layari di http://www.celcom.com.my/smartphones. Rasa macam nak beli satu jer? Fuhhhh lemah semangat betul.

Incoming search terms:

Samsung Galaxy Tab II Dengan Plan Terbaru Celcom

 

Salam semuaa..

 

Celcom nampaknya mengambil inisiatif yang terbaik untuk pelanggan mereka dengan memperkenalkan pelan terbaru Samsung Galaxy Tab II dengan Celcom Broadband  pada harga serendah RM1,468, dan hanya memerlukan pembayaran pendahuluan sebanyak RM150 sahaja.

Paling menarik, Samsung Tab II yang kini sudahpun dilancarkan baru – baru ini tampil dengan rekabentuk yang lebih elegan dan stylo.

Galaxy Tab 10.1 ni mempunyai 1GB RAM dengan 1Ghz Dual Core NVIDIA Integra Processor dengan visual gambar yang jelas dan nyata. Galaxy Tab 10.1  lebih ringan berbanding yang dulu di mana hanya 595gram sahaja dengan saiz 256.7mm x 175.3mm x 8.6mm.

Dengan rekabentuk yang ringan dan lebih nipis membolehkan anda membawanya ke mana saja tanpa perlu membawa laptop.

Paling saya suka dengan Samsung Galaxy Tab II ini part sound system. Memang terbaik sebab full hd  hingga 1080p dan ada dua speaker jadi kalau dengar lagu memang boleh buat kita teruja. kehkehkeh!

Selain sound dia yang best, Samsung Galaxy Tab II ini jugak ada 2 kamera depan dan belakang. Best wooahhhh!

Memang gempakkan Samsung Galaxy Tab II yang terbaru ini tapi yang bestnya dengan bayaran pendahuluan sebanyak Rm150, anda mampu memiliki gadget ini dengan Celcom.

Celcom menawarkan dua pakej berbeza, iaitu Broadband Basic dengan komitmen bulanan sebanyak RM68, dan juga Broadband Advance dengan komitmen bulanan sebanyak RM98.

Kenapa mesti memilih Samsung Galaxy Tab II dengan Pelan Celcom?

Bagi saya terutama blogger tegar yang memerlukan smartphone dengan aplikasi seperti laptop, Samsung Tab II merupakan gadget yang paling sesuai kerana selain support HSDPA+, Wifi dan juga 3G, pelan broadband Celcom memberikan kelajuan yang tinggi dan juga kestabilan internet yang anda perlukan.

Dengan life bateri yang mampu bertahan selama 72 jam, semestinya Samsung Galaxy Tab II ini merupakan penganti yang terbaik kepada laptop tapi lebih memudahkan urusan harian anda setiap masa dan di mana saja anda berada.

 

Incoming search terms:

Muka Surat : 12Depan »