DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Penjagaan Rambut Sebelum tidur

Berapa ramai yang tahu jenis sikat dan cara menyikat rambut sebenarnya mempengaruhi kesihatan rambut? DUNIA fesye rambut berkembang setiap minit. Sama ada anda seorang wanita atau lelaki, penting bagi anda untuk mengetahui penjagaan rambut yang betul dan mudah dilakukan di rumah.

Perkara asas yang harus dititikberatkan ialah cara menyikat rambut. “Ramai yang menganggap bahawa menyikat secara kerap boleh membawa kemudaratan” sedangkan masalah sebenarnya ialah penggunaan sikat yang tidak bermutu atau sikat mahal. Apa kata anda sikat rambut sebelum masuk tidur dan pada waktu pagi sebelum mandi. Ketika bersiap untuk ke tempat kerja, anda mungkin boleh guna jari untuk menggayakan stail rambut.

“Jangan sapukan gel atau minyak selepas rambut dicuci. Ini kerana anda tidak berupaya mengubah stail sehingga cucian seterusnya. Sebaliknya, biarkan rambut anda bebas untuk pelbagai stail sepanjang hari atau hari kedua.”

Gosok dengan jari

Caranya amat mudah. Selepas menyapukan syampu di atas kepala, gosok dengan hujung jari selama beberapa minit. Kemudian, gunakan sikat untuk disebar ke seluruh dan hujung rambut. Cuci hingga bersih dan sapukan perapi rambut di atas rambut. Kemudian, gunakan sikat sekali lagi untuk menyebarkan perapi tersebut. Akhirnya, bilas dan keringkan rambut seperti biasa.

P/s: Untuk kesan yang lebih baik, sebaiknya sikatlah rambut sambil menundukkan kepala. Lakukan sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam bagi mempercepatkan pertumbuhan rambut
.

Incoming search terms:

Tips Memilih Kemeja Lelaki l Panduan Wajib Baca

 

Salam semuaa.

Kalau perempuan rasa tidak lengkap tanpa dress dan skirt dalam almari, lelaki juga sebenarnya sama juga begitu cuma bukanlah penuh dengan skirt tapi memiliki pakaian formal terutamanya kemeja dengan potongan tepat. Kali ini, saya nak bagi tips untuk memilih kemeja yang terbaik supaya nampak lebih menarik;

 

Tukang Jahit

Menjadi keutamaan bagi anda memilih tukang jahit yang benar-benar anda percaya. Survey dulu beberapa butik yang berpengalaman mereka dan menjahit pakaian formal. Kemudian buatlah pilihan tepat. Daripada perbualan awal tentang gaya, anda sudah boleh menilai tahap kepakaran seseorang tukang jahit. Lihat juga koleksi rekaan mereka sama ada ia menepati citarasa anda atau tidak. Tukang jahit yang baik tentu saja dapat mencipta gaya yang anda inginkan tanpa berdolak-dalih.

Fabrik

Pemilihan fabrik adalah elemen penting dalam menentukan keselesaan anda sebagai si pemakai. Pilihan kain kapas adalah yang paling sesuai untuk kemeja. Material yang lembut, kuat dan anti-kedut juga adalah alasan kapas sering menjadi pilihan tukang jahit untuk membuat kemeja. Italian Cotton adalah pilihan kebanyakan pereka fesyen antarabangsa. Namun bergantung juga kepada majlis yang anda ingin kunjungi. Pemilihan satin yang lebih lembut mungkin lebih sesuai untuk majlis makan malam. Jika anda tidak berani bermain dengan material, kemeja berfabrik kapas sudah cukup untuk anda kelihatan hebat!

Kolar
Kolar merupakan bahagian perincian kemeja yang sangat penting kerana ia menentukan keserlahan wajah ketika memakainya. Sebagai contoh, lelaki berwajah kecil perlu mengelak memakai kolar lebar kerana kolar saiz tersebut akan menenggelamkan wajah. Lelaki bermuka besar pula perlu mengelak memakai kolar narrow yang boleh menampakkan wajah menjadi lebih besar. Biasanya saiz kolar kemeja antara 14,14 ½, 15 dan 16 inci. Saiz kolar yang sesuai bergantung pada dimensi di bawah halkum.

Corak
Ramai lelaki tidak berani bermain dengan kemeja yang mempunyai corak. Kemeja bercorak membenarkan kita mencipta stail tersendiri dan disuaipadankan dengan aksesori tertentu. Kemeja bercorak dengan latar belakang putih biasanya lebih formal berbanding yang berwarna. Kemeja dengan corak garisan juga lebih sesuai untuk sesuatu upacara. Manakala corak kekotak kecil dan renggang akan memberikan kesan lebih bergaya berbanding dengan corak kekotak yang lain seperti Windowpanel dan Pastel.

 Warna
Pilihan kemeja warna biasa seperti biru dan putih nampak membosankan. Kita boleh memilih untuk memakai kemeja berwarna seperti kuning, jingga, merah atau sebagainya. Namun perlu diingat, pilihan warna lembut atau pastel adalah yang terbaik. Warna sebegini lebih formal berbanding warna terang yang lebih sesuai untuk pemakaian kasual. Satu perkara penting juga yang mesti anda tahu adalah pemilihan warna harus bersesuaian dengan warna kulit dan rambut anda.

Saiz
Perkara penting yang mesti anda tahu dan pastikan sebelum membeli sehelai kemeja adalah saiznya. Adakah saiz yang anda pilih sepadan dengan saiz tubuh anda? Adakah ia terlalu kecil atau terlalu besar? Kini terdapat pelbagai jenis potongan kemeja. Slim fit antara yang semakin popular berbanding potongan klasik. Untuk anda berbadan besar, pilihlah saiz yang sepadan. Saiz terlalu besar membuatkan anda kelihatan lebih besar. Bagi mereka yang agak berotot, slim fit membuatkan anda tampil segak bergaya.

Incoming search terms:

Stail Rambut Lelaki Terkini 2012

 

Salam semuaa.

Saya update stail rambut lelaki 2012 yang mungkin bersesuaian dengan rambut anda untuk dirapikan supaya nampak lebih kemas dan kacak di mata semua.

 Jenis rambut yang saya suka selalunya yang senang nak ratakan dan menjimatkan masa. Tak semua lelaki suka dengan penggunaan gel rambut yang banyak seperti minyak cukup sekadar nampak segar dan bermaya.

P/s: Gaya potongan rambut sebenarnya memainkan peranan penting terutama darisegi penampilan dan juga perwatakan anda. Nak kelihatan menarik haruslah rajin menjaga kebersihan diri.

Incoming search terms:

Muka Surat : 12Depan »