Bagi penggemar komik Marvel, pasti kenal dengan Chris Evan yang membawa watak Captain America. Dalam filem ini, badan Chris Evan yang kurus kering ditukar menjadi badan yang sempurna. Namun dalam kehidupan nyata, dia telah bekerja keras dengan dedikasi tinggi untuk membentuk tubuhnya.
Di bawah bimbingan trainer Waterson, Evans berjaya menambah berat badannya dari 77 kg ke 82 kg dan berjaya mengurangkan lemak tubuhnya dari 12,5% menjadi hanya 8%. Untuk membantu Evans menambah otot dengan cepat, Waterson memberikan pola latihan yang juga banyak melibatkan latihan bodyweight. Latihan Evans memiliki prinsip high-weight/low-rep dari gerakan compound klasik, khususnya squat, deadlift, incline bench press, weighted dips, dan chin-up. Selain itu, Waterson juga menekankan agar Evans selalu berlatih dengan gerakan yang baik dan juga cukup istirehat untuk mengelakkan kecederaan dan mempercepatkan pemulihan selepas latihan.
Selain latihan, masalah terbesar bagi Evans adalah diet atau pola makan. Evans harus makan dalam jumlah cukup untuk menambah otot secara optimal, tetapi menghindari penyimpanan kalori berlebih sebagai lemak. Untuk itu, Evans mengambil protein shake rendah karbohidrat di antara waktu makan utama ditambah dengan snack seperti buah-buahan dan kacang.Waterson juga memberikan Evans tambahan suplemen BCAA untuk mengurangkan kerosakan jaringan otot dan mendorong pertumbuhan otot yang lebih maksimum.
Whey Protein? Weight Gainer? Hari ini saya nak jelaskan serba sedikit tentang Perbezaan Whey Protein dan juga Weight gainer yang mana mungkin boleh clearkan kekusutan anda tentang fungsi kedua – dua nya.
Whey Protein Terbaik?
Whey protein merupakan protein yang terdiri daripada asid amino di mana mempunyai kandungan karbohidrat yang sangat rendah. Dari segi produk, Whey Protein boleh didapati dalam tiga bentuk yang berbeza iaitu:
Whey Protein Concentrate
Mengandungi sedikit lemak dan laktos di antara 29% – 89% protein berbanding produk spesifik.
Whey Protein Isolate
Mengandungi sangat sedikit lemak, kolesterol dan laktos dan mempunyai 90% atau lebih protein.
Whey Protein Hydrolysates
Kebanyakan digunakan bagi sebab perubatan kerana lebih mudah untuk diserap dalam badan.
Whey protein biasanya diambil untuk menguruskan badan tetapi sekiranya anda teringin nak gemukkan badan tetapi kurang mampu nak beli suplemen untuk naikkan badan, whey protein merupakan alternatif tapi anda perlu lebihkan makanan harian iaitu lebihkan karbo dalam hidangan.Pemilihan whey protein terbaik, anda boleh baca previous post saya.
Weight Gainer?
Weight gainer pula adalah makanan tambahan yang mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi dan sesuai bagi anda yang nak gemuk dan membesarkan badan.
Rasanya ramai lelaki yang mencari susu protein bina badan untuk dapatkan body yang mantap dan juga ketak – ketak. Kelebihan minum protein shake ini supaya anda memperoleh bentuk badan yang diingini dan idamkan. Yela, orang kata bila dah body mantap, pakai baju koyak pun still nampak kacak. Kehkehkeh!
Dalam blog darkbatman, saya hanya sarankan dua protein yang saya ambik iaitu Rev Mass Protein dan jugak W.O.Protein. Alasannya sebab murah dan hasilnya memuaskan hati saya. Cutting body sebenarnya penting bagi lelaki yang nak dapat awek lebih! Kehkehkeh!
Kelebihan minuman susu protein bina badan ini saya dah terangkan dalam previous entri jadi rajinkan diri anda untuk menyelak entri lama. Bila waktu sesuai untuk minum suplemen bina badan? ”Seeloknya sebelum work out, makan dulu dan selepas sejam baru mengambil protein tambahan dan teruskan dengan exercise”.
Tapi macam mana pula kalau exercise dulu dan lupa nak minum protein? Setengah jam selepas exercise, anda dah boleh ambik protein. Biasanya pengambilan protein ini adalah mengikut berat badan dan sehari, disarankan mengambil 2-3 kali saja. Tapi jangan pulak bila dah ambik protein tup tup malas nak exercise. Haaa, memang cari pasal.
Minimun untuk melakukan exercise paling cepat setengah jam dan paling lama sejam setengah jadi jangan push diri anda too hard takut nanti boleh mencederakan otot. Nak dapat body cantik ini kenalaaa banyak usaha dan jugak sabar. Nanti bila dah ada protein, jom belajar cara nak bancuh susu protein ini supaya memudahkan anda kemudian hari. Kehkehkeh!
P/s: Nak dapat shape yang anda idamkan kenalah sesuaikan dengan exercise untuk membentuk part body yang anda ingini dan perlulah dilakukan step by step. Kehkehkeh!