Salam semua..
Kesian dia. Itulah yan boleh diperkatakan bila anda terpandang lelaki lembut. Usaha memandang serong pada lelaki lembut kerana dia juga manusia biasa.

Sebenarnya perwatakan lembut dalam diri seseorang itu bukanlah berpunca daripada keturunan ataupun masalah testosteron malah kajian jugak tidak dapat membuktikan punca sebenar seseorang itu berperwatakan lembut. Jangan tak percaya kalau ada yang sanggup mengambil pil testosteron tapi perlu diingatkan, pil ini boleh membawa kepada perubahan perasaan dan risiko mandul.
Kekurangan hormon ini jugak boleh menyebabkan cepat letih, tidak bertenaga, tidak bernafsu dan mati pucuk, Jika anda mempunyai simptom ini, berjumpalah dengan doktor dan ukurlah paras hormon testosteron anda.
P/s: Usahlah merasa rendah diri atau tertekan dengan perwatakan ini kerana lelaki lembut jugak mampu berfungsi sebagai lelaki normal dan mampu mendapatkan zuriat. Tiada manusia dilahirkan sempurna tapi berusahalah menjadi lebih baik. Tak sempurna takpe janji tak menyusahkan orang. Kbai.

