DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Tips Bakar Kalori l 5 Kerja Rumah Terbaik

Nak kuruskan badan biasanya memerlukan pelbagai tips yang mantap tetapi hari ini saya kongsikan dulu beberapa tips bakar kalori untuk lelaki dan perempuan tak kira usia. Mungkin dengan aktiviti yang saya bagi ini, boleh membuatkan anda melakukan transformasi baru. Mana lah tahu kan selepas ini, awek – awek yang malas nak buat kerja rumah berubah hati jadi rajin. ahahaa. Sejuk hati mak mertua.

Mencuci dan mengelap lantai selama sejam, jumlah kalori yang akan dibakar adalah sebanyak 374.

Manakala, mengecat rumah dalam masa sejam akan membakar kalori sebanyak 340.

Dengan berkebun pula, anda boleh membakar kalori sebanyak 340 selama sejam.

Menyapu sampah di dalam dan luar rumah selama sejam pula akan membakar kalori sebanyak 272 saja.

Last sekali, dengan aktiviti mesin rumput sahaja, anda boleh membakar kalori anda sebanyak 306 dalam tempoh masa satu jam.

Kesemua 5 kerja rumah yang terbaik untuk bakar kalori ini berdasarkan pada aktiviti satu jam bagi mereka yang mempunyai berat di antara 60-70 kg. Bagi mereka yang terasa badan agak kurus, anda boleh tambahkan sela masa melakukan aktiviti ini.

P/s: Patutlah waktu dulu – dulu, setiap kaum ibu sangat suka kalau anak mereka melakukan kerja rumah. ”Rupanya sebab nak anak mereka kelihatan cantik”. ahaha.

Incoming search terms:

Senaman Hilangkan Lemak Bahagian Belakang Badan l Upper Back

Salam semua…

Seperti saya janjikan, bulan ini saya agak rindu untuk post entri kesihatan dan here we go! Saya tahu anda semua memiliki lemak degil yang ingin dibuang jauh – jauh malangnya sangat sukar untuk mencari ubat yang mujarab! Anda jangan risau, kat blog darkbatman, semua ubat ada kecuali tongkat ali dan kacip fatimah! ahahaha.!

Untuk kekal tegap dan langsing bagi perempuan, lemak sebegini perlu ditumpaskan dengan kadar segera. Bagaimana nak menjadi handsome dan menawan? Anda cuma perlukan dumbell 2.5kg bagi perempuan dan 10kg bagi lelaki. Kalau berat sangat, anda boleh kurangkan pada yang lebih ringan! Jangan paksa diri nanti makan diri! hoho!

Bagi senaman memecahkan lemak di bahagian belakang badan ( upper back ), bongkokkan badan dan sambil memegang dumbell, luruskan tangan ke bawah. ( Gambar pertama ).

Kemudian, gerakkan lengan ke atas seperti yang ditunjukkan di dalam gambar kedua. Ulangi langkah ini sehingga tiga set, setiap set dalam kiraan 12-15 kali.

Meh layan video suka suka dari darkbatman. Hoho!

P/s: Praktis Make Perfect tetapi jangan pula anda lupa, Kemalasan menjadikan kegendutan. Anda pilihlah mana yang anda suka! hehe! Opps tambahan, apa kata kita meriahkan Nestle World Walk Days pada 21hb november ini di Taman Tasik Titiwangsa? Paling kurang menitis jugak setitik dua peluh jantan nanti. ahahaa! Macho wooo!

Incoming search terms:

Seniwati Mariam Baharum Meninggal Dunia

Seniwati filem Melayu tahun 50-an, Mariam Baharum 75, iaitu ibu kepada penyanyi terkenal Singapura, Rahimah Rahim meninggal dunia di rumahnya di sini, pagi ini. Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga beliau dan perginya seorang lagi anak seni yang banyak berjasa selama ini.

Teruskan Membaca

Incoming search terms:

Muka Surat : « Undur1234Depan »