DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Lelaki yang Baik untuk Perempuan yang Baik

Salam semuaa.

 

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

Telah tercatat namamu untukku di Loh Mahfuz juga tercatat namaku untukmu di sana. Siapa kamu tiada siapa di antara kita yang tahu. Terharu dengan petikan di atas membuatkan saya up entri kali ini sebagai tanda sayang buat bakal penyeri hidup.

Mungkin aku tidak sehebat Saidina Umar, bukan sekacak Nabi Yusuf, bukan seteguh cinta kasih Adam untuk Hawa dan sehingga hari ini, masih tertanya – tanya siapakah dirimu  yang Allah telah ciptakan sebagai peneman hidupku, pelengkap hidupku, pembimbingku, sayap kiri kepadaku, pembantu keluargaku serta ibu kepada anak-anakku nanti?

Siapakah dirimu? Yang mana satukah dirimu? Adakah kau sudah hadir dalam hidupku? Adakah kau belum hadir dalam hidupku? Adakah kita pernah bersama dan sudah berpisah? Mungkinkah kau akan hadir kembali dalam hidupku? Hanya Allah yang tahu. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Aku tak mengharapkan kesempurnaan darimu. Aku tak mengharapkan paras rupa sehebat Aisyah dan seteguh Zulaikha. Aku tak mengharapkan harta bertimbun darimu, biarlah ianya semua bersederhana. Apa yang paling penting aku harapkan ialah agamamu.

Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Mungkin terjawab persoalan rakan di facebook tadi ”lelaki yang baik x semestinya untuk wanita yang baik dan juga sebaliknya”.

 

 

 

P/s: Saya terpaksa pejamkan mata seketika untuk merasai dugaan ini. Yang terbaik adalah mencari titik persamaan dalam mendapat satu kata putus untuk meneruskan dalam satu ikatan yang sah.  Fikirlah dengan akal fikiran dan bukannya dengan hati. Semoga segala keputusan yang dilakukan tidak ada penyesalan di kemudian hari. Buatlah pilihan yang bijak agar kebahagiaan menjadi milik kita.

Incoming search terms:

Perempuan Memang Tak Pernah Cukup…

Salam semua..

Bersama saya lagi tapi dalam entri santai untuk hilangkan keresahan di hati. Kehkehkeh! Perempuan memang tak pernah cukup dengan apa yang ada. Bukan semua tapi segelintir saja.

DSC_0175

Dikurniakan dengan hidup yang lebih baik tapi disebabkan keangkuhan diri menutup hati, semua kebaikan lelaki dipandangnya sebelah mata. Memang betul, lelaki ini playboy, lelaki ini ego, lelaki ini sejahat – jahat manusia tetapi sebaik – baik lelaki adalah untuk menjadi pemimpin kepada wanita. Janganlah disebabkan sedikit keburukan, semua lelaki disamakan tanpa usul periksa.

 

Semakin kita mengejar kesempurnaan, sampai mati pun hidup dalam kekurangan. Fuh fuhhhh menakutkan tapi lumrah perempuan bila dah dapat lelaki ensem mulalahhh perasaan ketiga bertandang tanpa segan silu. Itulah perempuan bila dah dapat emas ditangan tetap mencari berlian untuk kepuasan. Bukanlah salah tapi janganlah sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

DSC_0021

Lelaki ini bukan semuanya mengejar perempuan untuk keseronokan. Kalau indah di mata, itu adalah anugerah tapi jangan jadikan keindahan itu keburukan untuk dilemparkan tuduhan membuta tuli. See, perempuan memang tak pernah cukup dengan pasangankan?Kehkehkeh!

 

Perempuan ini tak pernah cukup disebabkan satu jer ‘’takut pada kehilangan’’ tapi pada saya apa gunanya sayang kalau dibiarkan ketakutan itu menghantui diri? Apa gunanya lelaki berkorban bagai nak mati tapi sudahnya perempuan cuma tahu mencari masa meninggalkan lelaki? Di mana letaknya rasa sayang kalau diri sekadar tempat persinggahan untuk kesenangan..

 

 

P/s : Kadangkala lelaki ini bukan semuanya seperti yang perempuan fikirkan bak kata saya ‘’lelaki ini ibarat air suam bukan sekadar menghilangkan dahaga tapi memberi kelegaan dalam badan’’.

Incoming search terms:

Khairul Fahmi Pulang Cincin

 

Salam semuaa..

Khairul Fahmi Pulang cincin mengikut adat di mana setelah hampir seminggu kita dikejutkan dengan berita apek putus tunang dengan Elia disambung pulak dengan kakak elia maki penjaga gol kesayangan ramai dan hari ini, difahamkan cincin pertunangan akan pulangkan kepada pihak perempuan.

Khairul Fahmi tidak turut serta dalam urusan penyerahan cincin itu kerana terpaksa ke Slovakia bagi tempoh beberapa minggu untuk menjalani latihan intensif bersama skuad Olimpik.

“Saya sudah meminta keluarga angkat di Kuala Lumpur menyerahkan cincin pertunangan yang saya terima mengikut adat Melayu sebagai tanda tiada lagi ikatan pertunangan. Selepas ini saya harap tidak timbul lagi masalah lain kerana saya mahu ia diselesaikan secara baik.

“Penyerahan cincin akan dilakukan dalam masa terdekat namun malangnya saya tidak berada di sini kerana terpaksa menjalani latihan intensif bersama skuad Olimpik di Slovakia,” katanya ketika di temui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, malam kelmarin. Harian Metro.

P/s: Jodoh pertemuan ditanganNya dan diharapkan fokus Khairul Fahmi tidak terjejas dengan masalah peribadi sebegini.

Incoming search terms:

Muka Surat : 1234Depan »