Salam semuaa..
Tahun ini tema hari kemerdekaan tahun 2011 adalah ”1 Malaysia : Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera”. Sambutan hari kebangsaan pada 31 ogos 2011 nanti adalah yang ke – 54.

Tapi berbeza sebelumnya, hari kebangsaan 2011 ini akan diadakan pada 16 september iaitu serentak dengan Hari Malaysia. Fokus utama sambutan hari kebangsaan 2011 ini adalah pada pengibaran jalur gemilang pada premis dan bangunan supaya semua orang dapat menghayati erti kemerdekaan.
Kali ini, tujuh kategori dipertandingkan iaitu :
bangunan kerajaan
bangunan swasta
kampung
sekolah
taman perumahan
Pertandingan ini bermula pada 1 ogos 2011 sehingga minggu ketiga bulan ogos. Jadi, bersama – sama lah kita menghayati hari kemerdekaan 2011 nanti.
Incoming search terms:

Hari ini saya nak ucapkan Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar hari guru. Tema Hari guru tahun 2011 ”GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”.
Setiap tahun pada 16 Mei kita semua akan menyambut hari guru dan pernah tak kita tertanya – tanya kenapa kita menyambut hari guru?
Enam objektif Hari Guru yang digariskan dalam laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia:
- Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
- Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
- Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
- Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
- Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
- Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
Tanpa anda, siapalah saya, siapalah peguam yang petah berhujah, siapalah doktor, siapalah akauntan hebat, siapalah bisnesman berjaya. Tanpa anda, siapalah Perdana Menteri kita hari ini!
Incoming search terms: