DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Cara Menambah Berat Badan

 

Salam semuaa.

Kali ini sekali lagi entah kali keberapa saya masih nak share cara nak menambah berat badan untuk anda semua. Dah berkali – kali saya install tips nak kasi berat bertambah tapi dengan versi yang berbeza.

Cara nak menambah berat badan kali ini lebih kepada pembentukan atau senang cite transformation dari badan keding ke badan sasa. Teruja takkkk? Mesti mau teruja punya lahhh kan? Tips pertama anda kena tahu jumlah pengambilan kalori kerana nak membina otot badan, jumlah kalori yang diambil dalam sehari haruslah lebih tinggi dari diet harian anda. Otot dibina melalui lebihan kalori dan sekiranya jumlah kalori yang dibakar lebih daripada apa yang anda makan, persoalannya kat mana kita nak simpan lebihan kalori? Ada ker lebihan kalori kalau semuanya habis dibakar oleh badan kita? Kat sini lah yang saya maksudkan kena tahu jumlah kalori yang kita ambil.

Cara kedua nak tambah berat badan jugak melalui pengambilan kalori yang tinggi. Makin banyak kita ambik, kalori makin banyak tersimpan otot makin banyak nak dibentuk tapi jangan pulak pergi makan jajan berpaket – paket kang mau perut timbul berlapis – lapis. Jajan ini lebih kepada Junk kalori ibaratnya kalori sampahlaaa. Jadi, contoh makanan terbaik untuk tambah kalori ambiklahh nasi, pasta, kekacang dan susu.

Selain mengambil makanan yang tinggi kalori, saranan saya jangan segan – segan ambik protein untuk meningkatkan saiz otot anda. Tak ramai yang tahu apabila badan kita keding sebenarnya badan kekurangan protein jadi yang jadi mangsa adalah tisu otot yang menyebabkan badan semakin mengecil. Sekurangnya sehari tu ambik laa lebih kurang 1 gram protein dari daging, ayam, ikan dan telur tapi jangan pulak sampai terlebih protein karang terkena gout susah pulakk. Kehkehkeh!

Dah sibuk – sibuk tambahkan berat badan jangan pulak dibiarkan jadi mengeleber tak tentu pasal. Karang saya jugak yang kena maki bagi ilmu salah. Kehkehkeh! Apabila badan dah besar, rajinkan diri melakukan senaman kardio takpun senaman bebanan supaya badan lebih kemas dan padat. Saranan paling bagus lakukan senaman yang lebih kepada melatih otot dalam satu pergerakan.

Incoming search terms:

Tips Membina Badan l Vlog Otot Lengan @ Bisep

 

Senaman bina badan pada bahagian bisep ini penting bagi anda yang nak kan mucle pada bahagian lengan. Vlog kali ini saya sertakan bagaimana anda menggunakan dumbell dengan betul untuk membentuk otot bisep.

 

 

Setiap latihan dilakukan sekurang – kurangnya 3 set 15-20 ulangan bergantung kepada kemampuan anda. Setiap satu set pastikan anda rest 10 saat dan teruskan dengan yang seterusnya.

 

Incoming search terms:

Video Senaman Menguatkan Otot

 

Salam semuaa..

Bagi mereka yang membina badan, mesti tercari – cari senaman menguatkan otot terutama bahagian bisep dan juga trisep. Bahagian otot ini agak sukar nak dapat melainkan kena pada cara latihan kuatkan otot.

Hari ini, bukan sekadar gambar tapi saya selitkan sekali video cara senaman menguatkan otot. Seperti yang telahpun saya terangkan dalam tips latihan split, nak kuatkan otot perlu pada bahagian otot yang besar dahulu.

Latihan ini melibatkan 3 bahagian otot iaitu bisep, front shoulder (bahagian depan bahu) dan juga trisep. Dengan latihan menguatkan otot yang dilakukan, otot bisep akan naik sebanyak 80%, front shoulder 50% dan trisep sebanyak 40% daripada dumbell yang kita gunakan. Fuhhhhhh rajin tak? Kena laaaahhh rajin baru ketul – ketul ye dak? Kehkehkeh!

Selalunya mula – mula memang rajin bak kata orang tua – tua ”hangat – hangat tahi ayam tapi bila dah terpijak mulalah disalahkan kaki yang berjalan”. Jangan harapkan hasil yang cepat kalau sekadar melepaskan batuk ditangga. Kehkehkeh!

P/s: Jom layan video saya untuk senaman menguatkan otot.

 

 

 

 

Incoming search terms:

Muka Surat : 123Depan »