DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Senaman Membentuk Perut Bawah

OFF

 

Memiliki perut yang sempurna merupakan idaman hampir kesemua lelaki. Kalau diberi pilihan 6pax dan 1 pack rasanya 90% memilih sixpack. untuk perut yang sempurna memerlukan beberapa latihan senaman tapi kali ini sayaberkongsi tips senaman membentuk perut bawah. Kehkehkeh!

Untuk melatih perut bawah,yangperlu dilakukan adalah dengan mengetahui cara latihan ini, di mana orang belajar untuk meningkatkan kekuatan kaki dan otot perut. Ini dilakukan dengan berbagai jenis latihan kaki, dan latihan yang kompleks di mana lebih dari satu otot digunakan untuk melakukan gerakan. Berikut ini beberapa gerakan dasar untuk latihan perut bawah.

Leg Walks

Latihan ini dapat dilakukan dengan berbaring telentang, tangan diselitkan tepi pinggang untuk memastikan bahawa punggung lurus. Angkat kedua kaki tanpa menekan lutut dari lantai. Perlahan – lahan lepaskan satu kaki ke lantai, hingga hanya beberapa sentimeter dari lantai, pertahankan posisi ini selama beberapa minit dan bawa kaki kembali ke posisi 90 darjah. Ulangi gerakan untuk kaki yang lain. Latihan ini dapat diulang 8-10 kali untuk kedua kaki.

Reverse Crunch

Latihan ini harus dilakukan di atas decline bench. Baring di atas bench. Pastikan punggung tidak melengkung. Perlahan-lahan bawa lutut ke dada dengan mengkontraksikan otot perut bawah Anda. Lepaskan kaki dan ulangi beberapa latihan perut bawah yang lebih kompleks termasuk latihan seperti push up, pull up, squat dan sebagainya. Latihan-latihan ini, bila dikombinasikan dengan latihan kardio yang baik, dapat menjadikan mimpi anda untuk mendapatkan perut yang sempurna menjadi kenyataan. Selamat berusaha!

Incoming search terms:

Tips Menyusun Latihan Split

 

Salam semuaa..

Selalunya bila ke gym, mesti ramai yang akan suggestkan beberapa latihan untuk dapatkan body yang mantap tapi kalau ramai yang bagi tips entah mana satu nak ikutkan?

‘’Tiada undang-undang mengatakan kena latih bahagian A dulu baru bahagian B, cuma ada garis panduan’’ saja. Pertama sekali latih otot besar dulu baru otot kecil. Tapi apa dia otot besar itu? Otot besar adalah dada, belakang dan kaki.

Dah tahu otot mana yang hendak dilatih, mulakan dengan bahagian yang lemah dahulu pada permulaan minggu jika anda melakukan latihan split.

Kalau lelaki, biasanya lemah pada bahagian kaki tapi kerap kali saya nampak dah dua tiga bulan baru nak start latihan kaki. Kehkehkeh!

Dah buat latihan itu, jangan pulak skip untuk rehat at least 28-48 jam. Bagaimana susunan yang dibuat? Sebagai contoh bench press di mana otot yang terlibat adalah otot dada, otot bahu dan trisep.

Sebenarnya, takde masalah pun nak gabungkan latihan dada dengan bahu@trisep cuma kebanyakan orang memilih untuk menggabungkan dengan bisep kerana kumpulan otot tadi dah bekerja keras jadi boleh mengoptimumkan latihan dengan latihan bisep.

Kenapa otot besar dilatih dahulu? Jika hari ini dada, esok mungkin bahagian belakang. Tetapi sebenarnya tiada undang-undang pun yang mengatakan kena latih bahagian A dulu baru bahagian B.

Bukan apa, kekadang bila ke gym, mood latihan lebih pada latih tangan. Jika dipaksa untuk latih kaki dah jadi lain dan membahayakan diri.

P/s: Apa pun, jangan pening nak susun latihan kerana dalam seminggu itu cuba latih semua bahagian anggota badan dan masukkan sekali sedikit latihan tambahan.

Incoming search terms: