DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Wajah segar untuk penampilan yang lebih bergaya.

 

Salam semuaa…

Sebelum saya berkongsi tips tampil segar untuk lelaki jom tonton video di bawah :

 

clip_image002

Perkara sebegini buat saya suspens aje! Tapi macam ramai yang dah tahu??? Saya pun macam tahu-tahu aje. Kehkehkeh! Kalian bagaimana? Nak tahu cerita lebih lanjut boleh ke lambangmisteri.blogspot.com

Baiklah, jom kita teruskan dengan tips yang saya janjikan sebentar tadi! Ketahuilah bahawa wajah yang segar dan bermaya mampu membuat lebih ramai wanita tertarik kepada kita! Jika ditanya kepada perempuan di luar sana, mahukah mereka memilih lelaki yang berwajah kusam, tidak terurus dan tidak bermaya? Sama sekali tidak!

IMG_2284

1. AMALKAN MENCUCI WAJAH

Untuk wajah yang lebih segar, biasakan diri mencuci wajah! Jangan ingat kaum perempuan sahaja yang perlu cuci wajah. Kita lelaki banyak yang bekerja keras, sentiasa terdedah dengan cahaya matahari dan debu di jalan. Jadi, wajah menjadi cepat kusam. Selain itu, rutin mencuci muka dengan pembersih dalam melegakan iritasi yang sering berlaku akibat bercukur.

2. PERAWATAN MATA

Lingkaran gelap bawah mata menyebabkan muka kita tampak kusam dan lebih tua daripada usia yang sebenar. Manfaatkan kewujudan produk penjagaan mata seperti eye roll untuk mengurangkan lingkaran gelap bawah mata. Ia turut dapat membantu perbaiki aliran.

3. PENGGUNAAN PELEMBAP

Kurangkan kekusaman pada wajah yang disebabkan oleh tekanan bekerja seharian dengan pelembap. Pelembap membantu kulit menjadi segar dan lebih ringan. Jangan guna pelembap wajah wanita kerana kulit wajah lelaki lebih kasar dan tebal. Gunakan produk khusus untuk lelaki agar penampilan segar dan kacak.

DSC_0100

P/S : Pendek kata banyakkan senyum, baru hensem macam sayaaa! Kehkehkeh!

Incoming search terms:

Tips Penjagaan Kulit Lelaki

 

 

Kebanyakan daripada lelaki, tak ramai yang menjaga penampilan apalagi penjagaan kulit yang biasanya dimonopoli oleh kaum wanita. heh! Tak heran lah bilangan lelaki kacak semakin berkurangan. ahaha! Gatsby merupakan pilihan utama saya untuk tampil di khalayak ramai tanpa kesan jerawat. heh!

 

Sesekali apa salahnya berhabis duit untuk kelihatan kacak? heh! Bukan apa walaupun poket tak kacak tapi awek berderet beratur, bukan ker itu satu kebanggaan bagi lelaki? Kaum perempuan, sila jangan marah yer. ahahah!

 

Hari ini saya sharekan beberapa tips asas bagi lelaki perempuan sila pejam mata yang ingin menambahkan rasa keyakinan diri untuk mengorat awek – awek cun kat luar nanti. heh! Sebelum menggunakan pencuci muka, pertama sekali, anda kena tahu jangan sesuka hati main rembat pencuci muka wanita. Kulit muka lelaki lebih tebal dari kulit muka wanita dan peningkatan hormon testosteron akan menyebabkan kulit lelaki lebih ketara berminyak dari wanita.

 

Cuci wajah dengan betul dengan menggunakan pembersih wajah yang mengandungi exfoliants lembut plus rajinkan diri untuk membersih wajah setiap pagi dan sebelum tidur setiap hari. Rajin ker saya? hehe!

Gunakan pembersih wajah yang sesuai bagi menghilang kotoran, menanggalkan sel-sel mati dan membersihkan liang roma untuk mengelakkan masalah jerawat yang gatal menempek di muka. hehe!

 

Sekiranya anda mempunyai kulit yang kering, pelembap dengan formula antipenuaan amat sesuai digunakan. Selain penggunaan produk penjagaan kulit, pengambilan makanan yang berkhasiat perlu dijaga untuk menjadikan kulit sentiasa kelihatan muda selalu. hehe!

 

P/s: Agak – agak berapa ramai lelaki yang dah mula menitikberatkan penjagaan muka?

Incoming search terms:

Tips Memikat Lelaki Macho..

Perghh, macho habis abang utan.. ahaha.

Macho atau tak lelaki itu sebenarnya bukan lah perkara besar bagi perempuan tapi ianya sekadar bonus yang berbaloi – baloi pada mereka. ahaks! Siapa yang taknak jejaka hati yang kacak aka hensem bak Fahrin Ahmad? Sila angkat kaki yer. heh!

Teruskan Membaca

Incoming search terms:

Muka Surat : 123Depan »