DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Nuffnang Asia Pasific Blog Awards (Napbas 2011)

 

Salam semuaa..

Tanpa membuang masa, saya nak ucapkan TAHNIAH buat abangnara atas kemenangan beliau untuk kategori BEST ENTERTAINMENT BLOG di  Nuffnang Asia Pasific Blog Awards (Napbas 2011). Tahniah! Tahniah! Tahniah! Kemenangan yang menjadi perangsang buat para blogger untuk lebih bersemangat menulis blog.

Hari yang dijanjikan akhirnya tiba tapi malangnya saya sampai dipermulaan event kerana kekeliruan pada alamat dan kesesakan lalulintas di hari jumaat. Dengan rasa gemuruh dan sedikit gementar, akhirnya sampai juga di JW Marriot tapi semua blogger dahpun masuk kat dalam ballroom. Sedikit perasaan cemas bersalut di hati! Kehkehkeh!

Bertemakan Black Tie, pertama kali memakai kot untuk event yang besar. Nervous! Nervous!

Apa pun, terima kasih bebanyak buat nuffnang yang sudi invite saya untuk event berprestij kali ini. Sangat bermakna boleh jumpa dengan Top Blogger dari negara yang berlainan. Pengalaman yang mungkin tak dapat nak diluahkan dengan kata – kata. Luah dalam hati jerlaaa nampaknya.

Dah nama anugerah semestinya mengharapkan acara yang penuh kejutan. Persembahan pembukaan memang terbaik dengan tarian tiang selain dimeriahkan sekali dengan Reshmonu, James Baum dan lawak Harith Iskandar. Ada betulnya bila dia cakap tentang lirik Grenade Bruno Mars  ”I’d catch a grenade for ya (yeah, yeah, yeah)”. Kalau sayang isteri sekalipun, takkanlah nak pilih grenade. Tak sayang bini namanya tu. Kehkehkeh!

Sesambil makan, sesambil tengok pemenang bagi setiap kategori yang dicalonkan. BEST PHOTOGRAPHY BLOG dimenangi oleh www.photoblog.hk. Gambar makanan takde untuk entri kali ini sebabnya photographer saya terpisah ke meja lain. Susah bila tak bawak kamera sendiri.

Nampak? Nampak? Nampak ape? Tuu haa awek cun! Sueannajoe! Kehkehkeh!

Dah habis penyampaian awards, aksi bergambar pula diteruskan. Kalaulah ada awards untuk bergambar paling banyak agaknya siapa yang menang ehhhhh? Semestinya blogger perempuan! First picture from napbas 2011, bergambar dengan Viruspadu. Sentiasa gorgeous always! Last jumpa masa kat Mek T bulan puasa lepas.

Dikelilingi oleh dua blogger cantik, Rohani dan Reen. Hi girls! Kehkehkeh!

Daniel Adie? Ehh siapa Daniel Adie? Kenal dia bila Nisa Kay selalu ehh kerap menyebut nama keramat Daniel Adie time tengah serabut mencari destinasi Napbas 2011. Dah masuk dalam kereta, dah bergerak suku jalan semua tak tahu tempat kat mana terus otak hang sesaat! Sigh*

Partner satu kereta th3bor3dsha. Nasib ada pertolongan gps kak sha, kalau tak mesti kecewa 44 hari tak sampai di Marriot. Kehkehkeh!

Di mana ada Viruspadu, mesti ada Ceeramoon. Terpandang selepas dia dah nak balik tapi sempat kejar untuk bergambar. Nasib tak lari 100 meter w boot! Baru terbaca kat entri dia ”budak jiwang dalam twitter”. Jiwang ker? Kehkehkeh!

The bloggers @napbas2011.  th3bor3dsha,  Putra, Ciklilyputih,Me, Madam, Wawa, and  Alyza Fisol.

 

Dah habis bergambar dengan blogger, diteruskan lagi dengan nuffies. Bersama Thara yang sama berbaju hitam!

W Farah yang berbaju hitam. Ehhh tema semua black bila berposing nampak sedondon! Kehkehkeh!

W Sara Khoo.

Acara meninggalkan jejak di board napbas merupakan aktiviti last sebelum balik ke rumah. Napbas ni dianjurkan setahun sekali tapi berlainan negara jadi next year pastinya bukan kat Malaysia. Being a blogger pun diiktiraf seperti artis! Lepas ini kena berusaha lebih supaya mendapat tempat di hati reader nampaknya.

 

MORE PICTURES : LIKES FANPAGES DARKBATMAN.COM

 

 

 

P/s: Tak sempat nak bergambar dengan top blogger sebabnya terlalu ramai yang menunggu untuk snap bersama dorang. Nama pun TOP jadi saya cuma menunggu kat luar ballroom untuk bergambar. Thanx nuffnang for this invitation such a great honor to be there!

 

 

 

 

Incoming search terms:

Fatin Liyana Asri l Carian Top 10 Google Malaysia?

Tumpang gembira apabila celebriti blog, Fatin Liyana Asri masuk akhbar kosmo hari ini di mana tersenarai dalam 10 carian popular bagi Google Malaysia. Celebriti blog dah macam artis dah sekarang. Blogger semakin dikenali dan mendapat tempat dalam komuniti Malaysia. Tahniah Fatin!

 

PELAJAR perubatan, Nur Fatin Liyana Asri, 22, tiba-tiba meraih perhatian selepas namanya tersenarai dalam 10 carian paling popular Google Malaysia 2011. Carian kata kunci ‘Fatin Liyana’ berada pada tangga keenam selepas carian Bruno Mars, Hana Tajima, Cikgu Shida, Avril Lavigne dan Anwar Ibrahim.

Teruskan Membaca

Incoming search terms:

Vote Nisa Kay for Maybelline’s Favourite Blogger??

 

Salam semuaa.

Pernah terfikir tak sekiranya muka blogger kesayangan muncul di mana – mana banner Maybeline’s di sekitar laluan harian anda? Blogger pun dah dinaik taraf sebagai artis? Rasanya macam tak percayakan tapi sila percaya yer semua sebab kali ini Maybelline mengadakan contest  pencarian Maybelline’s Favorite Bloggers dan top 4 finalis dah diumumkan.

Dalam 4 orang finalis ini, salah sorangnya mestilah blogger yang dikenali iaitu Nisa Kay. Tak kenal Nisa Kay? Blogger yang suka mekap dan suka borak tak tahu nak berhenti tuhh. Memang patut tercalon dalam top 4 sebab kalau tengok dari dia punya blog fuhhh banyak tutorial dan barang mekap dia penuhkan. Kalah Siti Nurhaliza selepas ini. Kehkehkeh!

Mekap yang ditempek kat muka tu Mystery Maven punya tema jadi hasil dia dah ada dalam video yang diedit oleh Blink Studio. Sebagai blogger mestilah kena support sesama blogger tapi kali ini saya nak invite dengan rendah diri untuk vote Nisa Kay dalam Maybelline’s Favorite Bloggers. Macam mana nak vote?

Klik Vote Nisa Kay

 

Undian kali ini berbeza dengan contest biasa kerana setiap hari anda boleh vote sekali jerlaa. Tarikh tutup nak mengundi pada 30.11.2011. Dah tak lama tuh, vote laa reramai yer! Saya dah vote, anda bila lagi? Kehkehkeh!

Incoming search terms:

Muka Surat : 1234567...27Depan »