
Kardio yang dilakukan melebihi 20 minit (setiap satu sesi) sudah boleh membakar lemak, dengan syarat tiada pengambilan karbohidrat dibuat 4-5 jam sebelum senaman kardio tersebut dilakukan.
Contoh senaman kardio, anda boleh masuk entri senaman cardio Fat Burner dan waktu yang sesuai untuk anda melakukan latihan kardio adalah pada waktu pagi.
Incoming search terms:
Salam semua..
Hah, puasa dahpun 2 minggu tapi perut masih buncit, pipi masih tembam, bontot masih bulat. Kehkehkeh! Persoalannya, bila waktu yang sesuai untuk membuat latihan ketika bulan puasa?

Dugaan yang paling besar ketika puasa adalah memastikan badan cukup nutrisi yang diperlukan dan memastikan kemasukan air yang betul supaya tidak dihidrasi dan mengubah latihan yang sesuai.
Masa terbaik untuk melakukan latihan adalah ketika tidak berpuasa iaitu sesudah berbuka. Masa ini adalah masa terbaik untuk mengelakkan dari kehilangan otot. Latihan ketika dehidrasi boleh mengurangkan kekuatan sebanyak 3 hingga 12 peratus. Masa kedua terbaik adalah selepas berbuka di mana latihan pendek sekitar 30 minit.
Bagaimana dengan latihan kardio? Ketika bulan puasa, latihan kardio perlu dikurangkan sekitar 2 kali seminggu sahaja dan masa terbaik sebelum sahur. Disebabkan masa pemakanan yang berubah dan tidur yang pendek, tiada masalah catabolisme jika melakukan senaman kardio sebelum sahur.
Kalau dah takde pilihan sangat, lakukan 3-4 jenis latihan jenis kompoun seperti bench press, squat dan deadlift sebelum berbuka. Paling lama 1 jam tapi sasarkan 8-12 ulangan sekiranya aim anda adalah membina otot dan membakar lemak kerana membina otot akan menaikkan kadar metabolisme dan meningkatkan kadar pembakaran dengan lebih cepat.
Incoming search terms:
Salam semuaa..
Senaman kardio atau lebih dikenali sebagai senaman kardiovaskular merupakan senaman yang boleh kuruskan badan anda dengan cara meningkatkan pengepaman darah dari jantung ke seluruh badan anda melalui sistem peredaran darah dalam tubuh.

Contoh senaman kardio ialah seperti berlari, berjogging, berjalan, senamrobik dan berenang. Kelebihan senaman bebanan ini saya dah ulaskan sebelum ini jadi rajinkan diri laa ye masuk entri lama. Kehkehkeh!
Bila waktu terbaik untuk melakukan senaman kardio ini? Sebaiknya selepas melakukan latihan bebanan kerana setelah buat latihan bebanan, badan sudah membakar glukosa dan glikogen simpanan jadi senaman yang dilakukan selepas bebanan tadi akan membakar lemak sebagai sumber tenaga.
P/s: ”Melakukan senaman kardio pada waktu pagi akan menyebabkan otot dibakar sebagai sumber tenaga”. Ini kerana waktu pagi, paras glukosa sangat rendah begitu juga paras asid amino.
Incoming search terms: