Salam semuaa.
Whey Protein? Weight Gainer? Hari ini saya nak jelaskan serba sedikit tentang Perbezaan Whey Protein dan juga Weight gainer yang mana mungkin boleh clearkan kekusutan anda tentang fungsi kedua – dua nya.

Whey Protein Terbaik?
Whey protein merupakan protein yang terdiri daripada asid amino di mana mempunyai kandungan karbohidrat yang sangat rendah. Dari segi produk, Whey Protein boleh didapati dalam tiga bentuk yang berbeza iaitu:
Whey Protein Concentrate
Mengandungi sedikit lemak dan laktos di antara 29% – 89% protein berbanding produk spesifik.
Whey Protein Isolate
Mengandungi sangat sedikit lemak, kolesterol dan laktos dan mempunyai 90% atau lebih protein.
Whey Protein Hydrolysates
Kebanyakan digunakan bagi sebab perubatan kerana lebih mudah untuk diserap dalam badan.
Whey protein biasanya diambil untuk menguruskan badan tetapi sekiranya anda teringin nak gemukkan badan tetapi kurang mampu nak beli suplemen untuk naikkan badan, whey protein merupakan alternatif tapi anda perlu lebihkan makanan harian iaitu lebihkan karbo dalam hidangan. Pemilihan whey protein terbaik, anda boleh baca previous post saya.
Weight Gainer?
Weight gainer pula adalah makanan tambahan yang mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi dan sesuai bagi anda yang nak gemuk dan membesarkan badan.
Incoming search terms:
Salam semua…

Akhir – akhir ini, ramai yang berminat dengan review revmass protein yang dihasilkan dan ada juga yang masih blur dengan pemilihan protein yang sesuai untuk membina badan. Pengambilan protein yang betul akan membantu badan anda mencapai bentuk badan yang dingini.
Mereka yang Gemuk dan Ingin Kurus
Bagi golongan ini, saranan saya ambillah Whey Protein Concentrate kerana mempunyai protein yang tinggi tapi kandungan lemak yang rendah. Minuman ini hendaklah diminum sebelum latihan.
Mereka yang Kurus dan Ingin Gemuk
Apabila mereka yang kurus mengambil protein pastinya karbohidrat tidak akan diabaikan. Ini kerana karbohidrat akan digunakan sebagai tenaga dan saya sarankan Mass Gainer kerana mengandungi kedua sumber protein dan karbohidrat.
P/s: Anda juga boleh mencuba W.O Protein bagi yang berbadan besar dan RevMass protein bagi yang kurus.
Incoming search terms:

Sebelum ini, ramai yang kerap bertanya pada saya ”kenapa badan akan rasa sakit – sakit setelah melakukan exercise?” Sebenarnya, apa yang dialami boleh dikatakan sebagai kejang otot. Sakit otot dan sendi ini dibahagikan kepada dua iaitu kekejangan otot atau ketegangan otot.
Punca ketegangan dan kejang otot ini mungkin kerana anda terlalu aktif atau setelah anda melakukan sebarang rutin senaman. Jika ia berlaku selepas anda melakukan latihan di gym, anda tak perlu risau. Rasa sakit sendi itu menunjukkan aktiviti kecergasan anda berkesan.

Apa yang perlu anda lakukan? 30 minit sebelum anda melakukan sebarang aktiviti atau ke gym, pastikan anda makan dan begitu juga 30 minit selepas aktiviti tersebut.
Makanan yang sesuai adalah seperti susu yang mengandungi ”whey protein”; makanan daripada karbohidrat yang ringkas seperti buah – buahan untuk memberikan tenaga dan sumber protein bagi membantu pembinaan otot. Fuhh,panjang lebar. hehe!
1- 2 jam selepas bersenam, baru lah anda boleh mengambil makanan yang biasa. Kekejangan otot juga merupakan simpton badan anda sedang dehidrasi juga kekurangan garam.
P/s: Seeloknya, sebelum melakukan latihan di gym, jangan lupa melakukan aktiviti regangan badan bagi mengelakkan masalah ketegangan otot. 20 minit pun dah cukup sebenarnya cuma anda kena rajin. hehe!
Incoming search terms: