Bercukur merupakan kewajipan lelaki terutama bagi mereka yang ingin kelihatan segak dan bergaya. Sesetengah lelaki mungkin mengabaikan bercukur tapi sebenarnya bercukur ini melambangkan ciri – ciri lelaki untuk tampil maskulin di khalayak ramai.
Jika anda mempunyai janggut dan misai yang panjang, lebih mudah bercukur dengan menggunakan pemotong elektrik atau gunting. Cuci wajah atau bahagian yang hendak dicukur dengan menggunakan air suam. Tujuannya supaya pori-pori kulit muka terbuka dan ini memudahkan cukuran. Sebelum menyapu krim pencukur, bilas wajah dengan air sejuk dan bersih.
Sapukan krim pencukur beberapa minit sebelum bercukur untuk melembutkan rerambut. Gunakan krim pencukur dengan perapi. Pastikan anda menggunakan pisau cukur dengan mata pisau yang tajam. Mungkin anda perlu menggunakan mata pisau yang baru sekiranya anda ingin mencukur bahagian yang lebih luas.
Sebelum memulakan cukuran, pastikan anda memilih gaya yang bersesuaian dengan bentuk wajah. Lebih selamat jika anda mencukur semuanya. Ketika bercukur, pastikan arah cukuran anda betul. Ia bukan sahaja memudahkan, malah dapat meratakan cukuran anda. Selepas bercukur, bersihkan bahagian yang telah dicukur dengan menggunakan air bersih untuk mengembalikan kesegaran wajah.
P/s: Pilih pisau cukur yang tajam dan bersih. Pisau yang berkarat boleh melukakan kulit dan menyebabkan jangkitan.
Jika anda ingin kekal cergas, cara yang paling mudah ialah dengan mengamalkan skipping sebagai senaman. Caranya, mulakan dengan melompat secara perlahan-lahan dan diteruskan selama beberapa kali sehingga anda seronok melakukannya.
Elakkan melompat pada kadar yang tinggi kerana lompatan yang kecil akan membantu anda untuk mengawal stamina. Tetapkan masa anda dan nikmati hasil yang menakjubkan selepas beberapa minggu. Jom layan asas untuk main tali skipping.
P/s: Skipping nih selain boleh menguruskan badan ianya bagus untuk jantung anda supaya lebih sihat.
Lelaki selalu dikaitkan dengan rambut yang mudah botak terutama mereka yang berumur. Makin tua makin banyak rambut gugur tapi sebenarnya sekarang ini tak kira muda atau tua, masalah hilang rambut adalah sama. Persoalannya, kenapa lelaki mudah botak?
Salahguna Shampoo
Rambut gugur bermula dari kulit kepala yang berminyak. Mereka yang bertopi keledar paling senang nak botak kerana minyak yang terkumpul boleh terserap ke dalam akar dan menyekat udara dari masuk ke akar rambut. Kerap bertukar shampoo boleh menyebabkan rambut gugur dengan cepat dan kalau boleh cuci la topi kaledar dua tiga bulan sekali. Takkan setahun baru nak basuh sekali?
Salahguna Conditioner
Bukan hanya lelaki saja yang tak tahu menggunakan conditioner tapi perempuan pun sama. Paling ketara lelaki kerana perempuan ini bagusnya rajin membaca. Conditioner sepatutnya diusap pada bahagian hujung rambut dan bukannya digunakan seperti shampoo ditonyoh satu kepala hingga berbuih. Salah tu! Kehkehkeh!
Penggunaan Krim Rambut
Krim Rambut ini sama juga penggunaan dia dengan conditioner rambut. Jangan digosok sehingga kulit kepala dan sebolehnya kalau 3 hari asyik guna krim rambut, rajinkanla diri shampoo paling kurang 2 hari sekali untuk kurangkan minyak pada kulit kepala.
Makanan Pedas
Makanan pun penting juga walaupun orang kata kalau makan ikut apa yang patut takkan rasa nikmat dia. Tapi cuba bayangkan anda berjalan – jalan dengan rambut separuh botak, nikmat tu masih ada lagi? Nasihat saya, elakkan dari ambil makanan pedas untuk kurangkan penghasilan minyak kat kepala.
Vitamin Rambut
Vitamin rambut kedengaran seperti remeh tapi takkan nak tunggu botak baru terhegeh – hegeh? Rajinkan diri letak vitamin rambut paling kurang seminggu sekali. Rambut sihat mencerminkan penampilan hebat. Makin lebat rambut, makin kacak di mata perempuan.
P/s: Amalkan penggunaan shampoo yang ada mint dan krim rambut yang betul baru lah lebih maskulin setiap hari.