DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Apabila wanita mengalami PMS….

 

Salam semuaa…

 

199817_193553650682564_100000837917556_407776_393267_n

Malam tadi entah apa mood saya, saya tergerak hati nak menonton sebuah video di Youtube setelah saya nampak ada orang post link ni di wall facebook nya. PMS??? Kenapa saya nak tengok video ni??? Bukan ke PMS tu berkaitan dengan wanita sahaja? Jeng jenggg….

 

 

Video yang bertajuk Pre Menstrual Syndrome by Maria Elena Zarul.

 

 

Premenstrual syndrome, or PMS, is a group of symptoms that start one to two weeks before your period. Most women have at least some symptoms of PMS, and the symptoms go away after their periods start. For some women, the symptoms are severe enough to interfere with their lives. – by Medline Plus -

 

 

Menurut video di atas, wanita yang mengalami PMS ni akan mengalami insecurity. Waktu-waktu macam ni lah wanita mula merasakan banyak kekurangan pada diri mereka. Mereka mula mengadu yang mereka tidak kelihatan cantik atau cukup sempurna. Bayangkanlah kalau awek anda tu top model tetapi tiba-tiba dia cakap,”I rasa I gemuk lah! Takutnye tengok cermin!” Sah lah tu tengah PMS. Keh keh keh!

 

Waktu PMS juga para wanita mula berkeinginan luar biasa! Ooppss jangan salah faham pulak. Maksud saya, berkeinginan luar biasa terhadap makanan laaa. Macam yang dilakonkan semula dalam video di atas, wanita yang PMS mula mengidam macam-macam jenis makanan! Dah macam orang pregnant pulak ye. Keh keh keh!

 

Mood swings! Ini memang biasa bagi wanita yang sedang mengalami PMS. Mula-mula dia okay, tapi dalam sekelip mata dia boleh berubah menjadi sangat moody. Pada pengamatan saya, perempuan yang mood swings ni mudah terasa walaupun dengan hal yang kecil. Jadi berhati-hatilah bila berkata-kata ye!

 

 

199817_193553647349231_100000837917556_407775_1063304_n

 

 

Ada lagi satu atau dua point mengenai PMS yang diutarakan oleh youtuber Maria Elena ini. Tapi tidak ingat pula saya. Kalau nak tahu, tengoklah video tadi sampai habis ya. Tujuan sebenar saya menulis entry ini adalah untuk mengingatkan para lelaki di luar sana agar menjadi lebih sensitif terhadap kaum perempuan.

 

Apabila kaum hawa mengalami PMS, memang ia akan menguji kesabaran kita kaum lelaki, sebab kita tak faham bagaimana rasanya PMS itu! Jangan malu bicarakan hal sebegina kerana ia berlaku secara semulajadi, dan ia berlaku kepada semua perempuan. Jadi, masa ni lah lelaki kena jadi lebih memahami dan beri perhatian secukupnye! (Dah macam Dr Fadzilah Kamsah. Erkk???)

 

 

 

 

 

P/s : Oh baru saya tahu Maria Elena tu pun blogger! http://peliks.blogspot.com/

Incoming search terms:

Pemenang Produk SimplySiti

Salam untuk semua. Tentunya ramai rakan2 yang tertunggu siapakah pemenang yang bertuah untuk kali ini. hehe. Memandangkan semalam siaran tertunda sebab dimenangi oleh yanmie, untuk entri khas yang dimenangi ”aku pulak yang lebih bertuah di no 50000′‘. Hari ini simplysiti sudah pun mempunyai pemenang bertuah. Siapa lagi kalau jejaka idaman kampung roy sonto. ahaha. gurau jer bro. heh!

Pemenangnya semestinya roy atau dikenali azrai. Bro ini memang setiap hari menapak di dalam belog darkbatman dan tahniah bro. Ko nak kasi kat saper yer? jeng.. jeng.. jeng.. Awek2 kat luar tu, apalagi. Jom pi serbu roy ramai2. ahaha. Kalau anda tengok, belog roy aka qamarguy ini mempunyai follower yang lebih ramai dari darkbatman. ahaha.. Caya lah bro. Apa yang boleh dibanggakan oleh jejaka kacak ini ialah belog qamarguy masih mempunyai innity. ahaha. Jeles aku bro.

Curik picture ko roy..Sekali imbas macam mawi pun ada. ahaha.


P/s: Bro, add batman dekat ym untuk further detail yeah.

Incoming search terms:

!!..Kerana Awak Cinta Pertama Saya..!!

Selamat pagi dan terima kasih kerana masih setia untuk memjadi pembaca blog Mr superman yang setia. Bersama saya lagi aie aka Mr superman pada hari ini untuk mengupas topik cinta monyet pertama. Saya yakin anda semua tentunya pernah memiliki cinta pertama betul tak?



Pernahkah anda terfikir, kenapa masih ramai yang membujang walaupun usia sudah menghampiri ke penghujung senja? Jawapannya adalah cinta pertama kerana takut kecewa menghiasi rumah jiwanya semula. Memang sukar untuk membentuk rumah jiwa jika kecewa sudah menghiasi di dalamnya.

Incoming search terms: