DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Lelaki Metroseksual Semakin DiMinati

 

Bak melangkah keluar daripada kepompong lama, semakin hari terserlah kemahuan lelaki untuk tampil lebih kacak dan bergaya. Jika suatu ketika dulu, soal gaya atau berdandan menjadi janggal dalam dunia lelaki, perubahan semasa dan gaya hidup sukar disangkal.

Penggunaan pencuci muka, penyegar, mencukur bulu kening dan pelembap bibir, semua itu adalah senario biasa dalam dunia jejaka moden hari ini. Istilah metroseksual yang diambil daripada maksud Yunani adalah menggambarkan lelaki heteroseksual metropolitan yang menjaga penampilan diri dari semua aspek seperti mana lelaki urban.

Tidak saja lambakan produk penjagaan wajah bermula daripada pencuci muka, krim anti penuaan, krim pelembap mata, pupur hinggalah kepada set bercukur yang kini sudah dikenali lelaki. Malah, golongan lelaki yang suatu ketika dulu cukup ‘geli’ apabila diminta menyapu losyen tangan kini tanpa segan selesa berkunjung ke pusat rawatan spa atau melakukan rawatan kuku.

Biar apapun tanggapan atau istilah metroseksual mengikut pemahaman diri, tidak salah rasanya golongan lelaki menyahut perubahan dari segi penampilan. Tidak perlu terburu-buru untuk melakukan transformasi, memadai andai menggunakan pencuci wajah. Sedikit alternatif dilakukan, tentu ada perubahan di kemudian hari.

Incoming search terms:

Powered People Concert Yuna l Hotlink

 

Salam semuaa..

Baru ini saya berpeluang ke sidang media private konsert maya yang pertama Yuna dibawakan oleh Hotlink. Dalam konsert ini, Yuna menyanyi dua lagu dan specialnya satu lagu belum ada tajuk di mana Yuna memberikan peluang kepada peminat untuk memberikan nama untuk single terbaru beliau di http://www.nowyoucan.my/yuna.

 

Sebelum memilih nama, anda boleh dengar lagu dan menghayati lirik untuk single terbaru Yuna di Music Unlimited.

Malam tu, saya tak keseorangan tapi ditemani oleh Nisa Kay, Penmerah dan juga TheboredofSha.

Both in black shirt. Macam berjanji tapi cuma kebetulan saja. Kehkehkeh!

Tak lengkap kalau pergi media press kalau takde makan sampai kenyang. Malam tu, makanan pun sedap seperti biasa cuma masa terlalu sekejap bila dengar lagu Yuna. Mungkin patut beli album terbaru Yuna nanti.

Incoming search terms:

Sesekali nak jugak Merasa Pakai Baju Pink

Salam semuaa..

Orang kata lelaki ini bila pakai baju pink mesti jambu tapi bukan jambu batu. Baru ini lepas pergi event yuna powered people concert kat the bee, saya terus menapak di ikano semata- mata nak beli baju untuk casting ahad nanti. Penat memilih sampai rabun mata, akhirnya yang kaler pink jugak menjadi pilihan hati. Kehkehkeh!

Bukan apa kan, sesekali nak jugak try perubahan lain dari yang lain. Ehhh tutup mata? Kelakar tengok lelaki pakai baju pink? Dah jadi lumrah lelaki sejati macam saya ada rasa ke ”malu” an di hati. Fuhhh sejati bhaiii!

P/s: Ada yang cakap lelaki putih pakai baju pink nampak lagi kacak di mata perempuan so apa salahnyaaa kita menyelami rasa KACAK sesekali. Tak gitu? Kehkehkeh!

Credit bag yang comel: Nisa Kay

Incoming search terms:

Muka Surat : 12345Depan »