DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Seniwati Mariam Baharum Meninggal Dunia

Seniwati filem Melayu tahun 50-an, Mariam Baharum 75, iaitu ibu kepada penyanyi terkenal Singapura, Rahimah Rahim meninggal dunia di rumahnya di sini, pagi ini. Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga beliau dan perginya seorang lagi anak seni yang banyak berjasa selama ini.

Mariam atau lebih dikenali dengan panggilan Mariam Tahi Lalat di kalangan peminatnya dilahirkan di Singapura pada tahun 1935, dan pernah berlakon bersama seniman agung Allahyarham P.Ramlee dalam filem “Anjuran Nasib” arahan B S Rajhans pada 1952.

Allahyarham Mariam adalah kakak kepada seorang lagi primadona filem Melayu, Allahyarham Datin Saadiah iaitu isteri kepada pelakon Allahyarham Datuk Ahmad Daud, dan ibu kepada pelakon cilik filem “Batu Belah Batu Bertangkup” Allahyarham Bat Latiff.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Islam Pusara Abadi di kawasan Choa Chu Kang.

MelaluiRaya Magazine,  Mariam telah memenangi gelaran ”Bintang Pujaan Wanita Malaya Kedua” pada 1953 dan juga pernah dicalonkan untuk Anugerah Pelakon Veteran Wanita pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-15 pada 2001 dan FFM ke-22 di Kota Kinabalu tahun lalu.

Bekas pelayan restoran sebelum menceburi dunia perfileman, Mariam pernah berlakon dalam filem seperti “Aloha” (1950), “Dewi Murni” (1950), “Kembar” (1950), “Aladdin” (1952), “Kipas Hikmat” (1955), “Abu Hassan Penchuri” (1955) dan “Antara Dua Darjat” (1960).

Al Fatihah.

Biodata Mariam Baharum;

Mariam atau Mariam binti Baharom dilahirkan di Singapura pada tahun 1935. Pada peringkat awal, Mariam bekerja di restoran sebagai seorang pelayan, Mariam dapat bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat.

Antara pengunjung yang sering ke restoran tempat Mariam bekerja ialah beberapa orang pekerja Studio Malay Film Productions (MFP). Merekalah yang menyuruh Mariam ke Studio MFP, mencari peluang berlakon.

Lalu, Mariam ke Studio MFP di Jalan Ampas, itupun hanya untuk melihat penggambaran filem dijalankan. Mariam kemudiannya, menjadi pelakon tambahan dengan bayaran tiga ringgit sekali berlakon.

Pertama kali wajah Mariam dilihat di layar perak adalah melalui filem, Dewi Murni yang diarahkan oleh B. S. Rajhans pada tahun 1950. Mariam menjadi salah seorang kawan Kasma Booty yang berlakon sebagai heroin di samping Osman Gumanti sebagai hero.

Mariam terkejut besar apabila pengarah filem, S. Ramanathan memaklumkan bahawa Mariam akan berlakon dalam filem, Kembar yang akan diarahkan oleh beliau. Mariam seperti tidak percaya apabila S. Ramanathan berkata, I nak jadikan you heroin.

Mariam diberikan peranan penting bersama M. Amin dalam filem, Kembar pada tahun 1950. Mariam membawa watak gadis kembar yang mengelirukan seorang lelaki. Peranan gadis kembar filem tersebut menyebabkan peminat filem Melayu memanggilnya, Mariam Kembar. Populariti Mariam memuncak apabila berlakon di samping P. Ramlee dalam filem, Anjuran Nasib yang diarahkan oleh B. S. Rajhans pada tahun 1952. Selain mempamerkan lakonan yang beik, Mariam juga menunjukkan kebolehan beliau menari dalam filem yang banyak menghidangkan lagu dan tarian itu.

Mariam menghadapi masalah berat badan ketika kemashuran beliau melonjak. Hal tersebut menjadi sungutan peminat beliau yang mahukan heroin pujaan mereka sentiasa cantik dengan potongan badan yang menarik. Mariam merupakan seorang pelakon sejati, yang sentiasa mementingkan seni melebihi segala-galanya. Mariam dengan ikhlas menerima peranan yang tidak begitu penting dalam sebuah filem arahan P. Ramlee pada tahun 1960.

Dalam filem Antara Dua Darjat itu, Mariam memegang peranan se4bagai seorang pembantu rumah. Peranan tersebut boleh dikatakan kecil dari segi kedudukan beliau sebagai pelakon ternama. Dalam hal tersebut, Mariam berkata, bukan peranan yang penting buat saya tetapi penghayatan lakonan itu.

Mariam merupakan kakak Saadiah. Beliaulah yang membukakan jalan kepada Saadiah menjejaki dunia filem hingga menjadi pelakon berwatak besar. Dalam filem tersebut, adik beliau, Saadiah menjadi heroin, sementara P. Ramlee menjadi hero. Filem tersebut turut dibintangi oleh S. Kadarisman, Yusof Latiff, S. Shamsudin, Rahimah Alias, Ahmad Nisfu, dan Mustarjo.

Selepas itu Mariam menjadi pelakon bebas yang tidak terikat dengan kontrak jangka panjang dengan mana-mana studio. Ketika itulah, Mariam berlakon dalam beberapa buah filem keluaran Cathay Keris.

Dua orang anak Mariam turut menjadi artis, iaitu Bat Latif dan Rahimah Rahim. Bat menjadi pelakon, dan telah memenangi anugerah di peringkat Asia Pasifik, manakala Rahimah Rahim mencipta nama dalam bidang nyanyian.

Setelah perkahwinan pertama beliau berakhir dengan penceraian, Mariam berkahwin pula dengan Rahim, seorang penyanyi kelab malam yang cenderung menyanyikan lagu-lagu berirama Latin. Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, Mariam menghidap menyakit kencing manis. Beliau lebih banyak berehat di rumah sambil menerima rawatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Tentang Penulis

Fulltime Blogger

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

8 Komen Telah Pun Ditulis Setakat Ini

  • al fatihah…

  • Al-fatihah buat beliau… amin

  • ngeeeeee
    siapakah?
    zmn bile pnye cte ni..huhu

    anyway,
    alfatihah~
    salam takziah buat keluarga.

  • eh, nape letak gmbr maria menando? slh picture la.. mariam ibrahim tu yg blakom dlm cite antra dua darjat jadi pmbntu rumah..yg bercinta dgn sudin..ada wak suka kt dia..klau minah lari wak kejar.maria menando ni mne de tahi lalat la..yg blkon jd heroin filem melyu klsik

    OST EPILOG SYURGA CINTA

  • al-fatihah..banyak sumbangannya kepada industri seni..

  • al-fatihah kpd arwah mariam baharum… dier mmg cantik dan lemah lembut

  • tak kenal pun dia tapi nk ucap takziah buat keluarganya.. Innalillah.

  • Al-Fatihah..tak kenal sgt arwah ni