DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Sinopsis Ombak Rindu

 

Salam semuaa.

1 Disember 2011, filem ombak rindu lakonan mantap Aaron Aziz dan Maya KarinBront Palarae dan Lisa Surihani bakal menggegarkan panggung wayang. Filem arahan Osman Ali diadaptasi dari novel Fauziah Ashari di mana mengisahkan tentang Izzah anak yatim piatu yang dijual oleh bapa saudaranya sendiri, kemudian dia bertemu dengan orang kaya bernama Hariz.

Kalau tak silap, novel ini pernah dikeluarkan dalam majalah remaja beberapa tahun lepas. Jom layan sinopsis Ombak Rindu;

Sinopsis Ombak Rindu:

Izzah (lakonan Maya Karin) adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz(lakonan Aaron Aziz). Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia (lakonan Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

 

Kredit : Nuriz

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Tentang Penulis

Working as Personal Trainer and Fulltime Blogger.

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

4 Komen Telah Pun Ditulis Setakat Ini

  • waaa…tak sabarnye nk tunggu citer ni kuar.. even rasa macam terbalik je watak maya karin dgn lisa surihani tu,tp xpelah.. nk tgk hasil nya mcm mane nnti.. hope sgt maya karin tak menghampakan bwk watak izzah..start baca novel ni dr darjah 5 dulu.. ntah dah berapa kali ulang baca,best sgt!

  • a ah larr
    macam terbalik jer watak Izzah dengan Mila tu

  • ha tulah pasal..memang macam terbalik kan..lagilah bila dah baca novel tu sampai abis, lagilah rasa watak mila tu suppose maya karin yang pegang..

  • novel ni best..tp movie ni cam x best..hehe..sbb plakon dye cam x kene je…^^