Berita baik buat penjawat awam apabila PM mengumumkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam dalam Bajet 2012. Terasa kejelesan dengan mereka yang bergelar cikgu apabila gaji dinaikkan dan rasanya semua tersenyum lebar. Tahniah!

Pembentangan bajet 2012 yang dibuat oleh Perdana Menteri pada kelmarin nampaknya merangkumi semua golongan rakyat. Ramai yang menyatakan kepuasan hati mereka terhadap bajet yang dibentangkan kelmarin. Bagi kakitangan kerajaan satu sistem baru bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia(SSM) yang digunakan sekarang dan dinamakan sebagai Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam ( SBPA).
Dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ini banyak perubahan yang akan dilakukan dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya penjawat awam dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan berasaskan prestasi kerja. Antara lain yang terkandung dalam sistem saraan baru Perkhidmatan Awam (SBPA) termasuk mewujudkan dasar pemisah bagi penjawat awam berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan jawatan.
Dalam sistem saraan baru perkhidmatan awam (SBPA), pembentukan gaji sebaris digunakan dengan diwujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lama selain gaji maksimum bagi gred yang lebih tinggi. Mengenai pembentukan gaji sebaris ini belum dapat kita lihat contoh lagi, mungkin bulan hadapan akan dikeluarkan secara terperinci bagaimana yang dikatakan gaji sebaris ini.
Umur Pesara dilanjutkan kepada 60 tahun:
Bagi penjawat awam yang menerima opsyen sistem saraan baru perkhidmatan awam (SBPA) juga akan menerima kenaikan gaji tahunan antara RM 80 hingga RM 320 dan faedah kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus. Kerajaan juga mengumumkan untuk melanjutkan usia persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun.
Kenaikan pencen pesara sebanyak 2 %
Keputusan kerajaan untuk menaikkan pencen pesara sebanyak 2 % setahun sebagai tanda prihatin kerajaan kepada sumbangan mereka yang pernah berkhidmat dalam sektor awam
Apa yang lebih menarik lagi dalam sistem saraan baru perkhidmatan awam (SBPA) adalah bagi golongan dalam kumpulan guru atau gred gaji DG yang mana tempoh bagi kenaikan gred antara DG 41 ke DG 44 dan DG 44 ke DG 48 telah dikurangkan kepada 8 tahun sahaja. Jika sebelum ini mereka terpaksa menunggu selama 10 tahun untuk kenaikan gred dalam jawatan perguruan ini.
Kerajaan juga mengumumkan bonus setengah bulan gaji bagi semua penjawat awam dan akan dibayar bersama gaji bulan disember 2011.
Kredit : Nuriz
Incoming search terms:
- sistem saraan baru perkhidmatan awam (29)
- sistem baru perkhidmatan awam (28)
- pekeliling opsyen pencen 60 tahun (27)
- opsyen 60 (19)
- pekeliling pencen 60 tahun (13)
- OPSYEN 60 TAHUN (10)
- skim gaji baru guru time-based dg 41 ke dg 44 (2)
- pekiling perkhidmatan awan (1)
- pengiraann pencen saraaan baru 2012 (1)
- pencen baru dibayar (1)


Aku nak tukar skim jadi cikgu plak lps nie mcm cikgu Dahlia
harap penjawat awam lebih komited bekerja…
hurm..klu x amik opsyen 60 tahun tu mean x dpt la kenaikan 80-320 tu kn..huhu..klu nk kje smpai umo 60 mse tu dh btgkat agaknyerrrr…hihi
Kalau tak keberatan..jemputlah ke blog saya untuk tengok sifir gaji DG 41, DG 34 dan DG 48 dalam SBPA nanti… http://amanarab.blogspot.com/2011/10/gaji-cikgu-dg-41-dalam-sbpa.html