DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Stail rambut lelaki.

 

Salam semuaa…

 

Maaf ye semua, lama pula tak ber-update darkbatman dot com ni. Cewahh, saya cakap macam la saya ni ramai sangat peminat. Eh ade ker? Kehkehkeh! Kesibukan bekerja tidak mengizinkan saya untuk update blog lebih kerap.

 

Ohh ye, kerinduan pada blog bakal terubat lepas ni sebab dengan rasminya streamyx sudah pun di pasang di rumah. Kehkehkeh! Ketinggalan pula rasanya bila saya baru je pasang streamyx di rumah.

 

 

DSC_0202

 

 

Tips yang saya nak kongsikan kali ini adalah mengenai stail rambut lelaki. Lelaki jangan memandang remeh tentang penjagaan rambut! Walaupun sekarang ni ramai yang sukakan fesyen “tidak sikat rambut” atau pun yang berkilau macam Justin Bieber, rambut tetap aset penting yang menyumbang kepada penampilan hebat seseorang lelaki!

 

Nasihat saya yang pertama, biarkan rambut kering dengan sendirinya di bawah kipas sebelum menggayakan rambut.

 

Untuk gaya formal : Sapu gel rambut pada tapat tangan, dan lurutkan pada rambut dengan rata. Gel memastikan rambut kita sentiasa kemas dan mengekalkan gaya. Lepas ratakan gel, sikat rambut dengan kemas, sesuai dengan penampilan formal.

 

 

DSC_0211 (2)Masa ni rambut saya sudah panjang sedikit!

Untuk gaya kasual : Ini cara yang saya biasa guna. Cuma sapu wax atau krim penggaya rambut yang banyak dijual di kebanyakan kedai. Kemudian, gayakan rambut dengan stail yang diingini.

 

Kalau inginkan rujukan stail rambut yang paling terkini, search sahaja di Google. Kehkehkeh! Dalam majalah pun lebih banyak tips yang berguna untuk penggayaan rambut lelaki. Apa-apa pun, yang penting rambut juga memerlukan perawatan di salon atau dengan penggunaan produk tertentu untuk mengelakkan rambut nampak kusam!

 

 

 

 

 

 

 

 

P/s : Bila la pulak saya ada masa nak pergi salon? Saya sekadar beli produk yang disyorkan oleh jurugaya rambut. Kehkehkeh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Tentang Penulis

Fulltime Blogger

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

20 Komen Telah Pun Ditulis Setakat Ini

  • btul2. laki2 zaman skrng nie kebykan nye mana kisah pasal rmbut diorg. tgk je la student ipt skrng nie serabai je memasing.

  • haha..nice bro..aku suka bab2 rambut ni

  • sekarang trend budak indie..semua nk panjang2 n serabai..hehehe

  • ye.. bro batmen..
    first saytengok lelaki pada rambut ye.. hehe

  • ni kes saje nak tunjuk DSLR kan?? ekekee..
    dah pandai guna lum?

    aku lak suka tgk rambut lelaki yg sesuai dengan muka dia..
    kalo muka bersih, rambut panjang mmg oke..
    tapi kalo just biasa berminyak, kulit sawo matang, rapi dan kemas yg penting.

  • akhirnya aie dapat jgk stremix..hehe..

    rambut lelaki skrg ni byk korean style kn tp kalo kena dengan muka jd hensem,klo tak kena jd…ngeh ngeh ngeh..

    yg penting kemas.haahhaha

  • Style rambut mesti masuk dengan muka kan kalau tak nanti muka jadi terlalu buruk.. tapi bro kena jer tetap jejaki idaman malaya hehehhe…

    ~jom tgk cite bro kat my blog ada ni…

  • akunya rambut plak, dah takde stail
    main sikat je, asal boleh

  • landax pulak jenis yang suka tukar2 style..skunk punye style,landax tiru SAM dalam citer gangster =)

  • suka style rambut awak,tapi rambut saya agak kerinting,tapi tak de la sampai bergulung-gulung. apa pandangan awak tentang lelaki berambut panjang?smart atau serabut?

  • semakin hari semakin kacak. awww awwww ;D

  • Kalau dah hensem buat rmbut camne pun smart… hoooho

  • hahahaha.. semangat bab2 rambot nieh! hahaha.. kalau skali skala dpt g saloon pon syok gak kan? ^__^

  • dulu masa jd kadet botak jer, skrg leh nak gaya2…hahaha

  • utk saya, yg penting rambut pendek. nmpk kemas dan xselekeh waktu bekerja. janggut biar pjg xpe. hehe

  • lelaki yg naik kereta boleh la buat gaya rambut, tp klu yg naik motosikal je?? abis kepek rmbut sbb pkai helmet.. hakhak.. btw.. meh tgk wajah baru blog eqa.. huhu.. n…… blog saya terkantoi sudah dgn en wan.. :|

  • sophie suke gambar second tuh ! smart ! i like that style <3

  • No wonder la lama xnampak.. HUhu
    Tapi tahukah kamu, Pojie dah bertahun tak pakai sikat tau..
    Rambut nih tak bersentuh sikat except kalau pi salon n ada show la..
    Tp sendiri xde..
    Lebih suka guna jari saja, lebih natural :)

    PojiePooh; Hanya Satu…

  • Although drink has been a problem, it cannot be blamed as being the only culprit. I was looking to find a positive out of all this and found walking around the car park could be seen as an exercise session and aid to my healthy recovery.