DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Suri Bakawali-TV9

Salam kepada pembaca aie aka darkbatman. Semakin hari, cerita seram makin mendapat tempat dihati penonton tetapi jalan cerita nya pastinya akan lebih kurang sama saja. heh! Drama Suri Bakawali kini mengisi slot Ratu setiap Isnin, 9.30 mlm, tv9 manakala Roh Kembali mengisi slot seram di tv3.

SINOPSIS SURI BAKAWALI (TV9)

Suri Bakawali, seorang wanita cantik yang berdepan dengan pelbagai cabaran dalam kehidupannya. Berkahwin dengan Safri, Suri dikurniakan seorang anak lelaki. Namun, Safri terpaksa berkahwin dengan Mira atas permintaan ibunya. Rahsia Safri terbongkar yang membuatkan dia berasa marah dan cemburu. Maka, dia menggunakan ilmu hitam untuk menghancurkan hidup Suri.

Diarahkan oleh pengarah muda Eyra Rahman, Suri Bakawali, drama 13 episod selama satu jam ini mengangkat cerita mengenai ketabahan hati seorang wanita menghadapi pelbagai keadaan.

Jom layan video trailer Suri Bakawali

ULASAN DRAMA SURI BAKAWALI

“Ini merupakan julung kalinya saya terlibat dalam filem seram. Walaupun saya sudah biasa dengan watak jahat, tapi watak Mira lebih mencabar kerana dia seorang yang busuk hati dan kurang ajar,” kata Farahdhiya yang ditemui ketika majlis doa selamat drama tersebut.

“Watak sebagai Suri pula memerlukan penghayatan yang sangat mendalam. Jika dulu saya banyak melakonkan watak gadis kota, sebaliknya Suri seorang gadis kampung yang bersopan santun,” kata Norliana Samsudin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Tentang Penulis

Working as Personal Trainer and Fulltime Blogger.

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

9 Komen Telah Pun Ditulis Setakat Ini