Salam semua…
Entri fitness kali ini sangat lah mudah dan simple untuk anda semua jadi rasanya takkan ada masalah lah kot bagi anda yang nak lengan bahagian belakang menjadi berotot lagi pejal.
Cara membentuk lengan di bahagian belakang ini pendek saja cuma yang penting samada anda nak buat atau taknak jer. Mula – mula, bongkokkan badan anda sedikit ke hadapan manakala lengan dibengkokkan ke paras dada ataupun senang cerita disebelah pinggang anda.

Secara perlahan – lahan, lurus atau regangkan lengan ke arah belakang dan ulangi langkah ini sebanyak 3 set. Dumbell yang nak digunakan kalau lelaki kalau tak mampu nak terus guna 10kg, anda boleh bermula dengan 5kg dulu.
Untuk perempuan pulak, kalau badan ala – ala Lisa Surihani tuuuu, guna lah dalam 2kg dulu dan kalau terasa berat cuba tukar guna yang 1.5kg ikut kemampuan anda.
Selain berdiri, anda boleh lakukan senaman otot lengan dengan duduk di atas bangku.
3 set itu pastikan 1 set bersamaan dengan 30kali yer! Jangan malas apalagi mengelat.
P/s: Alasan sebenarnya godaan syaitan untuk anda menjadi lemah. ahaha! Tiada yang mustahil sekiranya anda bersungguh – sungguh.





