DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Tag Artikel : gambar kucing comel

Kucing Parsi l 3 Trio

 

Salam semuaa..

Masa lahir dulu, ada 6 ekor semuanya dibaca versi dragonball. Tapi 3 ekor mati tinggal lagi 3 ekor yang survive. Diberi nama Socky, Romeo dan Junior. Dah besar?

Pejam celik dah 5 bulan usia kucing parsi comel yang dulunya kiut miut. Socky, Junior dan Romeo, baka dari kucing parsi yang saya beli setahun lepas. Kucing yang macam stokin tu nama dia socky. Dulu ingatkan jantan tapi betina. Paling bersih dan paling suka buat sepah kat dalam rumah.

Anak kucing yang mata dia macam puss in boot bulat dan comel nama dia Romeo. Romeo paling manja antara 3 ekor tapi paling malas nak mandikan diri.

Paling garang dan susah nak mandikan. Dah besar, kecomelan tu macam dah takde tapi apa kata tengok gambar romeo masa kecik.

Comelkan? Kehkehkeh!

Kalau dulu, Junior ini paling kecil dan comot tapi dah besar, woooo paling gebu dan lembut bulu dia. Secomel bapak dia. Kehkehkeh!

Nampak besar dan gebu tapi paling pemalu dan pendiam. Kehkehkeh!

Memandangkan saya antara peminat kucing comel dan gebu, dengan rajinnya membuat page untuk Peminat Kucing Comel dan Gebu di mana boleh berkongsi tips dan gambar kucing parsi yang comel bersama. Mana tahu, boleh bertukar baka dan menambah koleksi yang sedia ada?

 

 

More Info: Likes Fanpage PEMINAT KUCING COMEL & GEBU

 

 

 

Incoming search terms:

The Face of Kucing Parsi l My Juliet

 

Salam semuaa..

Juliet aka kucing parsi kesayangan saya yang kini dahpun sebulan menjadi ibu kepada Romeo Jr. Biasanya selepas bersalin, bulu kucing akan gugur tapi alhamdulillah Juliet bebas dari masalah keguguran bulu ye! Kehkehkeh!

Sebulan pertama menjadi ibu muda, menyusu anak pun malas dan jarang menghabiskan masa dia bersama anak – anak. Hopefully, kesemua anak Juliet akan sihat dan gemuk. Kehkehkeh!

P/s: Malam ini keberangkatan kaum kerabat Juliet sekeluarga balik kampung. Yahuuuuuuuuuuuuuu nak raya! Kehkehkeh!

Incoming search terms: