Salam semua…
Semalam saya mendapat info daripada pengomen tegar blog saya iaitu si cantik manis ini tentang Top 10 Hottest Malaysian Blogger yang telahpun mengisi ruang majalah FACES.
Mesti anda semua nak tahu siapakah gerangan lagi 9 orang yang hot Malaysian bloggerkan?
Taraaa, antaranya mestilah gadis cun ini Hanis Zalikha yang sememangnya luar biasa HOT nyaaa..
Selain Hanis Zalikha, lagi 8 orang blogger ini anda boleh terus masuk ke blog diaorang untuk pandangan lebih jelas.
Last but not least…… jejaka yang suam – suam kuku ini! hoho!
Kalau nak tahu lebih lanjut macam mana diaorang ini mendapat tempat dalam dunia blog, anda bolehlaa beli majalah FACES November Edition. hehe! Murah jer RM5.90.
Adakah saya masih kurus lagi atau sudahpun berisi? 2 minggu cuba menaikkan berat badan plus bersenam di gym dan inilah hasilnya..
P/s: Terima kasih nuffnang kerana memilih saya one of 10 hottest blogger. Sayang banyak2. Erkk buffered earning semakin berkurang untuk bulan ini. Rombongan meminang daripada adver pun semakin slow nampaknya. Harus gandakan lagi usaha supaya nuffnang sayang lebih kat darkbatman. ahahaha!






