Salam semua..

Saya agak ketinggalan update entri untuk htc desire Z memandangkan masalah internet sengal selama dua minggu menghantui saya. Apa pun, time kasih buat maxis kerana sudi memilih saya untuk review htc yang hebat ini. hoho! Jom kita teruskan edisi godek HTC Desire Z.

”Sekali pandang terus jatuh cinta’‘. Itulah perasaan saya apabila HTC Desire Z ini mula dimiliki buat hari pertama. ”Rekabentuk yang agak stylo menjadikan hidup saya lebih bermakna daripada biasa”. Walaupun agak berat berbanding sony aino tetapi kelebihan HTC Desire Z ialah skrinnya agak besar dan selesa untuk bertenet 24 jam.

Sebelum ini, saya agak jakun dengan telefon yang canggih macam HTC Desire Z tapi godek punya godek seharian barulah dapat tahu macam mana nak lock skrin. ”Rupanya kena press pada tempat off dan on phone”. ahahaa. Jakun gila seyhh!

Sebagai blogger, hari pertama mesti kamera dulu yang saya godek. Dengan HTC Desire Z, bukan sekadar anda memperolehi kualiti gambar yang cantik malah juga dilengkapi dengan Camcorder untuk merakam video.

Dengan smartphones ini, anda bukan saja boleh berfacebooking malah boleh gabungkan aplikasi twitter sekali dalam 1 fungsi dengan hanya install tweetdeck.

Dah penat bertwitter, bolehlah pula masuk youtube untuk melihat video artis kesayangan anda di mana saja dan paling cool sekiranya anda mendapatkan HTC Desire Z dengan pelan yang ditawarkan oleh maxis kerana sekarang ada promosi yang gempak!

Best jugak dapat tengok video katy perry dengan pelbagai aksi di mana saja anda berada.

Bukan takat Katy Perry malah rihanna pun boleh temankan anda sepanjang masa. ahaha.

Selain daripada youtube, HTC Desire Z juga dilengkapi dengan peta kawasan yang berdekatan dengan anda terutama untuk mencari lokasi penting seperti bank, pam minyak, kedai makan, shopping mall dan hospital. Sebenarnya, banyak lagi tempat menarik yang boleh anda cari hanya dengan sekali tap saja. ahaha. Seronok wooo!

Boleh jugak tengok peta kawasan dengan jelas dan nyata lagi!

Aplikasi yang paling saya suka dan memang perlu bagi memudahkan urusan saya ialah cuaca. Bak kata orang tua – tua ”berpayung sebelum hujan”. ahaha.

Dengan smartphones, anda boleh tahu keadaaan cuaca bagi tempat anda bukan hanya sehari tapi 4 hari woo. Pastinya saya takkan basah terkena dek hujan. hoho!

Aplikasi ini sangat best kerana sentiasa bergerak-gerak dan berubah setiap masa. Anda pasti takkan rasa sunyi dengan adanya HTC Desire Z di sisi.
Sekarang ini, maxis menawarkan promosi hebat di mana anda boleh mendapatkan smartphone melalui 3 cara. Dengan hanya tempoh melanggan mengikut kontrak maxis pilihan anda iaitu 12 bulan, 18 bulan atau 24 bulan, HTC Desire Z akan menjadi milik anda.
P/s: Masih banyak lagi aplikasi cun yang membuatkan saya rambang mata dan menunggu masa untuk keluarkan entri seterusnya. Pastikan setia bersama saya dan #maxis10. ahaha!Pssstt smart tak HTC Desire Z?
Incoming search terms: