
Pelbagai strategi untuk kuruskan badan akan dilakukan bagi mendapatkan bentuk badan yang diingini. Terbaru, mahasiswi di China sanggup menelan telur cacing untuk hasilkan badan yang langsing. giler ahhh!
Tindakan makan telur cacing ini disebabkan kesukaran mendapat pekerjaan dan dengan makan telur cacing, telur-telur itu menetas di dalam perut dengan cacing-cacing gelang memakan zat makanan di dalam perut sekali gus menjadikan mereka kurus tanpa senaman atau diet.
Sanggup ker anda nak telan telur cacing? iskk, geli anak tekak! ahaha.
P/s:Setiap kesan yang cepat biasanya akan mendatangkan kemudaratan kemudian hari. Tak sanggup nak letak gambar orang makan cacing. ahaha.
Incoming search terms:

Ramai yang bertanya ”bagaimana hendak kuruskan badan” dengan pemilihan menu yang betul contohnya antara Mentega dan Marjerin. Keduanya mungkin mempunyai kalori yang lebih kurang sama tapi bagi mereka yang nak kurus, pilihan yang lebih baik semestinya didahulukan.
Sebenarnya, kedua – duanya tidak berapa bagus dalam usaha murni anda untuk menurunkan berat badan tapi kalau anda tersekat dalam dua hidangan ini, mentega dengan lemak tepu sebenarnya lebih baik daripada marjerin.
Mentega mengandungi kalsium dan kurang mengalami pemprosesan manakala marjerin pula mampu meningkatkan jumlah kolesterol darah dan merendahkan kolesterol baik selain meningkatkan juga risiko penyakit kardiovaskular. hoho! Banyaknya kesan buruk dia.
P/s : Sekiranya anda nak pilihan yang lebih baik, gunalah minyak zaitun asli kerana biasanya sudah dipack bersama asid lemak penting yang bagus untuk kesihatan anda.
Incoming search terms:

Agak lama saya menyepi dengan entri senaman dan tips untuk kurus jadi hari ini, jom kita belajar sebentar tentang teknik untuk kurus dengan cepat. Kebanyakan tips yang diberi mendapat respon yang agak memberangsangkan daripada kawan – kawan.
Kali ini, saya menyelitkan beberapa tips yang boleh diamalkan untuk berdiet dan kurangkan berat dengan berkesan.
Teruskan Membaca
Incoming search terms: