Kalau tajuk entri pasal nuffnang, tangan kita laju jer nak klik kan? ahaha. Entri ini sebenarnya untuk mereka yang rasa pentingnya nak cari advertiser untuk mengisi kekosongan iklan kat tepi sidebar blog anda.
Sebelum ini, saya agak malas menukar tagline darkbatman dari permulaan berblogging lagi sehinggalah semalam, ada yang berminat untuk beriklan dalam blog darkbatman. Malangnya, beliau tidak berminat kerana mungkin beliau fikir saya menipu traffic kerana tagline di dalam blog tidak sama dengan analytic nuffnang. hoho!
Our Mind is Our Playground merupakan tagline kedua saya semasa berplatformkan blogspot pada permulaan tahun 2010. Logo ini merupakan trademark bagi blog aieseifer.blogspot.com tapi dah berkubur dah. ahaha.
Lelaki.Kacak.Maskulin merupakan tagline ketiga yang paling lama saya pakai setakat ini. Tapi semakin hari, makin ramai yang salah faham ”ada yang fikir saya tujukan buat diri sendiri”. ahahaha. Kalaulah kacak… hikhik.
Tagline terakhir yang tengah beraksi di blog darkbatman adalah ”Bermulanya Sebuah Transformasi” baru saja diguna pakai lebih kurang sebulan. Fuhh, banyak juga rupanya tagline yang saya guna.
A Story of A Heartless Man ini merupakan tagline pertama semasa mula – mula berblogging dulu. Mamat jiwanglah katakan ”tutup muka weh”. ahahaha. Masa tu, header memang takde, yang ada cuma traffic seminggu pertama saya bersama nuffnang.
Traffic semasa yang saya letak ini bukanlah untuk saya menunjuk tetapi untuk mereka yang rasa nak beriklan di sidebar darkbatman. Harga untuk iklan sidebar Rm30 saja. hehe!
P/s: Hari ini,blog darkbatman dipinang oleh satu lagi advertiser baru dan jawapan saya ”nuffnang tetap menjadi pilihan utama”. ”With a limited time offer, you can join +++ as publisher and enjoy 70% revenue sharing** (70% on you, 30% on ++++)”. Duit hanyalah sampingan untuk kuatkan semangat saya berblogging tapi keseronokan adalah keutamaan saya. ”Saya tak sanggup madukan nuffnang”. Oh, Tidak! ahaha.
Incoming search terms:
- style 1set lelaki (3)
- rmk pertama (2)
- rmk malas (1)



















