
Wallaweh! Keputusan Separuh Akhir Piala Malaysia 2010 malam ini nampaknya berpihak kepada Kelantan dan juga Negeri Sembilan. Berdebar – debar menunggu habisnya games yang menentukan pasukan yang layak ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010.
Syabas buat Kelantan dan juga Negeri Sembilan kerana berjuang habis – habisan untuk Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010 nanti. Kelantan menewaskan Kedah 1-0 manakala Negeri Sembilan menewaskan Johor FC, 2-0. Boleh tahan kuat pasukan Negeri Sembilan malam ini.
P/s: Kelantan semakin menyengat sekarang. Siapa pilihan anda untuk menjadi Juara Piala Malaysia 2010?

Malam ini berlangsungnya perlawanan Piala Malaysia 2010 iaitu Kelantan Vs Kedah dan Johor FC Vs Negeri Sembilan. Keputusan akan diupdate tengah malan nanti.
Mungkin Juara Piala Malaysia 2010 bakal menjadi milik Kelantan? Sama – sama kita nantikannya. Kelantan akan menentang Kedah dalam separuh akhir kedua TM Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed IV malam ini. Pada perlawanan separuh akhir pertama di Alor Setar tempohari, kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan.
P/s: Janganlah kelantan kalah malam ini.
Incoming search terms:

Semalam berlangsungnya perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2010 kedua di mana menyaksikan perlawanan antara Kelantan vs Selangor yang akhirnya berpihak kepada pasukan kelantan 3-0 di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam tadi.
Dengan penyokong seramai 25, 000 orang, Selangor dilihat bermula garang dengan menguji penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menerusi Amri Yahya yang berjaya meloloskan diri ke dalam kotak penalti, namun sepakannya tidak cukup kencang untuk menggegar jaringan lawan.
Gol pertama dirembat mudah oleh Norfarhan Mohamad dan Kelantan yang mempamerkan aksi meyakinkan sepanjang perlawanan itu terus ghairah memburu gol dan Selangor pula dilihat hilang punca dengan pemainnya sering melakukan kesilapan mudah. Pada minit ke-24, Kelantan selesa mendahului 2-0 menerusi jaringan Akmal Rizal.
Malam bergaya Kelantan itu disudahkan dengan jaringan ketiga Badri Radzi pada minit ke-79 yang bijak menyambar hantaran Akmal Rizal sebelum merembat kencang ke gawang lawan. Kemenangan itu menyaksikan Kelantan pasukan pertama layak ke pusingan separuh akhir dengan agregat 3-0.
P/s: Rugi tak dapat ke stadium semalam. Gomo Kelate Gomo!
Update :
KEputusan Perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia 2010
Sabtu, 16 Oktober 2010
Perlis
Kedah
Pahang |
1 – 3
3 – 0
2 – 1 |
N.Sembilan
Terengganu
Johor FC |
Incoming search terms: