DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Tag Artikel : proton inspira

Hanis Zalikha l Top 10 Carian Terbanyak Google 2010

Tadi saja godek2 blog Hanis Zalikha dan agak teruja apabila mendapat tahu beliau termasuk dalam list Fastest Rising People-Google Top Searches Malaysia 2010. Dato Siti Nurhaliza pun kalah. Wohooo ”gosok mata 100x” ahaha.

Artis femes pun boleh kalah dengan Hanis Zalikha. hehe! Paling best, paultan pun turut menjadi bahan carian yang popular di google. Mantap gila!

Setiap carian yang popular di google akan diumumkan setiap akhir tahun di Google Zeitgeist iaitu analisis statistik carian yang terbanyak dalam sesebuah negara.

Kalau nak tengok carian yang paling terbanyak di google untuk tahun 2010 ini, anda boleh klik sini. Banyak yang anda akan perolehi seperti carian kereta yang terbanyak,telefon yang paling banyak diminati dan juga pemain bola sepak yang paling disukai. hoho!

P/s: Tahniah buat Hanis Zalikha. Btw, Proton Inspira ini top search ranking dalam google tapi sampai sekarang tak nampak sangat kelibat Inspira di jalan raya. ”Konfius”. ahaha.

Incoming search terms:

Nasi Beriani Syed l Singgah Kelana Jaya di Hujung Minggu

Salam semua….

Seperti anda semua, walaupun saya menjaga badan tetapi sebagai manusia biasa tidak akan lari dari menikmati juadah yang membuka selera. hoho! Seminggu sekali terutamanya pada hujung minggu, saya akan menyinggah mana  mana kedai yang best untuk mengubati masa diet saya!

Kebiasaannya tempat saya suka makan pastinya nasi ayam takpun nasi beriani. Minggu ini, terasa nak makan nasi beriani jadi saya sanggup meredah jem di Kelana Jaya.

Paling bestnya, nasi beriani kat kedai ini tak sama macam kedai mamak. Bezanya pastilah nama ”Syed” selain nasi kat kedai ini sangat lembut dan jarang saya dapat makan nasi macam ini. Selera setiap orang tak sama tapi seminggu sekali dapat makan besar, mestilah mau yang terbaik kan!

Sepinggan mangkuk berjaya dihabiskan dengan jayanya. ahaha! Sebelum ini, separuh nasi beriani belum tentu dapat dihabiskan.

Dah kenyangkan perut, saya terus ke pusat pameran proton untuk pandangan lebih nyata lagi sekali Proton Inspira kereta kebanggaan Malaysia. Bangga woo jadi anak Malaysia!

Sesekali terasa juga macam nak tukar kereta tetapi macam besar sangat jer Inspira ini.

P/s: Esok ada kelas untuk kamera nikon jadi seharian saya tak dapat nak online. Malam baru dapat balas semua komen kawan  kawan. Janganlah kamu semua merajuk yer, nanti tak banyak dah komen kat blog saya. hehe!

Incoming search terms:

Gambar dan Pelancaran Proton Inspira 2010 l Proton Baru

Salam semua…

Pelancaran Proton Inspira telahpun berlangsung semalam 10 November 2010 di semua pusat pameran proton. Saya sempat menghabiskan masa sekejap memandangkan pusat pameran proton bersebelahan dengan The Curve.

1st reaksi, wow! Proton Inspira sebijik sama macam lancer cuma design bahagian depan agak berbeza sedikit. Malangnya semalam tak sempat nak pandu uji inspira.

Dari sisi, Proton Inspira ini sama saja dengan Mitsubishi Lancer. Kereta Inspira ini didatangkan dengan 4 warna yang menarik iaitu Plum Red, Solid White, Genetic Silver dan Tranquility Black.

Menggunakan enjin Mivec, 4 silinder, DOhc 16V untuk pemanduan yang lebih agresif

Ruangan meter yang lebih stylish!

Mempunyai kawalan auto cruise pada stereng untuk mengawal kelajuan. Spec Proton Inspira nampaknya semakin maju kehadapan.

CVT dengan INVECS – III

Tempat duduk penumpang yang agak mewah dan selesa selain mempunyai ruang belakang yang boleh dilipat dan juga boleh memuatkan sebuah basikal. hoho!

Sport Mode dengan Paddle Shift yang mempunyai 6 step kawalan shift bagi memudahkan pemandu untuk lebih relax ketika memandu Proton Inspira.

Kali ini, kereta Proton Inspira ini nampak lebih exclusive dengan penyusunan panel untuk memudahkan pengguna. Semuanya disebelah pintu pemandu dan nampak lebih tersusun.

Inspira ini dipasang hampir sepenuhnya oleh Mitsubishi dan cuma berbeza pada bahagian depan. Bagi saya, sangat berbaloi dibeli kerana Proton Inspira ini nampak lebih kukuh dan tidak mudah kemek!

Senarai Harga Proton Inspira bagi Semenanjung Malaysia;

Harga Proton Inspira Semenanjung Malaysia

Proton Inspira 1.8 M/T – RM78,999
Proton Inspira 1.8 CVT – RM84,999
Proton Inspira 2.0 CVT – RM91,999

Harga Proton Inspira Di Sabah dan Sarawak

Proton Inspira 1.8 M/T – RM80,999
Proton Inspira 1.8 CVT – RM86,999
Proton Inspira 2.0 CVT – RM93,999

Harga Proton Inspira Di Langkawi

Proton Inspira 1.8 M/T – RM71,999
Proton Inspira 1.8 CVT – RM75,999
Proton Inspira 2.0 CVT – RM82,999

Kalau berminat nak tempah atau pandu uji Proton Inpira 2010 ini, hubungi;

Proton Edar Sdn Bhd,

Rosmawatie Binti Mat Desa,

Tel: 603-77223221

No Tel : 016-4857220


P/s: Tengok pada spec Proton Inspira ini macam agak berbaloi untuk dimiliki kerana minyak agak menjimatkan berbanding kereta proton lain.

Incoming search terms:

Muka Surat : 12Depan »