DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Tag Artikel : tips tambah berat badan

Tips Naikkan Berat Badan Dengan Cepat l Vlog Darkbatman bersama Nisa Kay

 

Salam semuaa..

Hari ini saja nak sharekan tips naikkan berat badan dengan cepat bersama anda semua tapi kali ini special sikit sebab ada vlog jadi mungkin dengan video yang saya hasilkan akan membantu reader – reader kesayangan saya lebih faham konsep nak gemukkan badan dengan berkesan. Kehkehkeh!

 

Sebelum ini, ada banyak artikel tentang tips tambah berat badan tapi mungkin ada yang masih baru dengan saya jadi tak perasan dengan previous post yang dah ada. Kadangkala tips yang ada tak semuanya menjadi dan salah satu sebabnya adalah faktor genetik tapi takde yang mustahil kalau anda betul tekad nak gemuk. Jom layan vlog saya kali ini.

 

 

Incoming search terms:

Kenapa Air Tidak Boleh Menambahkan Berat Badan?

 

Salam semuaa..

Ramai yang memperlekehkan kepentingan air dalam badan walaupun tahu, hidup ini kalau takde air lebih teruk daripada takde duit. Kehkehkeh!

Lebih daripada 66% berat badan kita berdasarkan air dalam badan. Untuk terus menerus hidratkan tubuh, anda memerlukan 6-8 gelas sehari. Tapi sebenarnya air ini bukanlah tak boleh menambahkan berat badan ”500ml air boleh menambahkan berat badan anda sebanyak 500g” Ho! Ho! Ho!

 

Tetapi cuma sementara saja kerana air dalam badan hanya mengekalkan hidrasi yang mana lebihannya akan dibuang dalam bentuk air kencing dan juga melalui pernafasan jugak time berpeluh. Kehkehkeh!

 

 

P/s: Tapi sudah azali ”bila perut dah bulat baru terkial – kial mencari ubat” Kehkehkeh!

Incoming search terms:

Tips Tambah Berat Badan

Ramai antara kita yang agak sukar nak tambah berat badan yang sesuai dan ideal. Hari ini saya nak berkongsi beberapa tips tambah berat badan yang mungkin membantu anda. Jom kita tengok kat mana kesilapan kecil yang mungkin melambatkan penambahan berat badan anda.

Sehari seharusnya anda perlu mengambil 6-7 kali makanan dan kurangkan makanan junk food kerana adanya junk food ini akan melambatkan metabolisme badan yang yang menyebabkan tubuh anda tidak bekerja dengan sihat.

Pengambilan karbohidrat dan protein perlu kerap terutama setelah latihan untuk mengantikan gula dalam otot semasa latihan. Manakala protein diperlukan oleh  otot yang baru saja kita rosakkan sewaktu latihan berat.

Multivitamin hendaklah kerap diambil dan paling penting anda perlu ambil real food maksimum 1 jam setelah latihan. Manakala basic untuk yang ingin tambah berat tapi nak badan mempunyai shape, latihan beban sekurang-kurangnya tidak melebihi 1 jam. Kurangkan kardio dan jangan melatih otot yang sama lebih dari 2x seminggu.

P/s: Ada pelbagai cara untuk tambah berat dan kuruskan badan tapi yang paling penting adalah tekad dan usaha!

Incoming search terms:

Muka Surat : 12Depan »