Tema Hari Kemerdekaan 2010; 1 Malaysia Menjana Transformasi
Sedar tak sedar, kita dah pun masuk pertengahan bulan julai dan bakal menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 53. Tema Hari Kemerdekaan 2010 ialah 1 Malaysia Menjana Transformasi. Tahun ini kita bakal menyambut Hari Kebangsaan Malaysia pada bulan ramadhan.
Setiap 31 Ogos, negara kita menyambut hari merdeka dengan penuh meriah dengan perarakan warna warni, konsert artis, pertandingan dan lain – lain.
Setiap tahun, tema hari kemerdekaan sentiasa berubah dan jom kita imbas kembali tema – tema hari kebangsaan sebelum ini. Tema ini diubah mengikut situasi semasa kecuali tahun 1988-1989 dan tahun 2000-2006.
1970 Muhibah dan Perpaduan
1971 Masyarakat Progresif
1972 Masyarakat Adil
1973 Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975 Masyarakat Berdikari
1976 Ketahanan Rakyat
1977 Bersatu Maju
1978 Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979 Bersatu Berdisiplin
1980 Berdisiplin Berbakti
1981 Berdisiplin Berharmoni
1982 Berdisiplin Giat Maju
1983 Bersama Ke Arah Kemajuan
1984 Amanah Asas Kejayaan
1985 Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 Setia Bersatu Berusaha Maju
1988 Bersatu
1989 Bersatu
1990 Berjaya
1991 Wawasan 2020
1992 Wawasan Asas Kemajuan
1993 Bersatu Menuju Wawasan
1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 Jatidiri Pengerak Wawasan
1996 Budaya Penentu Kecapaian
1997 Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1998 Negara Kita, Tanggungjawab Kita
1999 Bersatu Ke Alaf Baru
2000- 2006 Keranamu Malaysia
2007 Malaysiaku Gemilang
2008 Perpaduan Teras Kejayaan
2009 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapian Diutamakan
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan/ Kemerdekaan 2010.!
Incoming search terms:
- tema kemerdekaan 2011 (154)
- tema kemerdekaan 2010 (89)
- tema hari kemerdekaan 2011 (77)
- tema merdeka 2011 (49)
- kemerdekaan (47)
- tema hari kebangsaan 2011 (40)
- hari kemerdekaan (37)
- hari kebangsaan (28)
- tema hari merdeka 2011 (17)
- tema hari kebangsaan malaysia 2011 (15)




July 20th, 2010 at 2:07 am
transformasi harga barang…ekeke
aaa….yang penting camana kita menghayati erti kemerdekaan sebenar… jgn asyik tema2 lepas tu bila tanya…tak tau…hehe bukan ko aie,,,ni aku ckp budak2 skrg…
July 20th, 2010 at 2:08 am
uikkk…aku pes??hehe berjaya \o/
July 20th, 2010 at 2:14 am
selamat hari merdeka. . sangat bersemangat ! tema ni masa kecik2 dulu suka la hafal, sebab nak join pertandingan . hehe masa studi nih kurang sikit . tapi alang2 dah tau ni , bagus jugak . takdelah malu bile org nak tanye.. kata anak malaysia
July 20th, 2010 at 3:15 am
aku penah terlibat dengan sambutan hari merdeka 2007 kat dataran merdeka. best woo walaupun penat.
July 20th, 2010 at 9:10 am
yup…bulan ramadhan taun ni kite sambut merdeka
selamat hari merdeka yg akan datang…
July 20th, 2010 at 10:41 am
rasanya sambutan tahun ni sederhana je..yelah dalam bulan puasa kan
July 20th, 2010 at 11:23 am
mari kita tengok, apa plak sambutan kemerdekaan tahun ini..:D
21 Tip Bagi Yang Sukar Solat Subuh (Bhgn 1)
21 Tip Bagi Yang Sukar Solat Subuh (Bhgn 2)
July 20th, 2010 at 12:43 pm
I love 31st August coz it’s Aishah’s birthday.. they wheeled me into the labour room at 11.50pm on 30th August.. I remember one makcik said “Cepat2 bersalin dik, ada 10 minit lagi tu” .. in the end she was born in the early hours before fajr…my Merdeka princess.. (her grandfather wanted to name her Dayang kemerdekaan.. ahaha..no way!
Also one of my best friend’s birthday..
Nak transformasi apa tahun ni?
Me, I just wanna be happy..
July 20th, 2010 at 6:55 pm
merdeka kali nih dalam bulan Ramadhan lagi
hehehehe
P/S : Entry 18 Tahun Ke Atas Sahaja : Tiba – Tiba Rasa Takut Mahu Menggunakan Tandas Awam!
July 27th, 2010 at 8:43 am
haha
August 24th, 2010 at 9:54 am
SALAM TUAN BLOG.
SAYA BERMINAT MEMINDAHKAN HASIL TULISAN TUAN DI BLOG SAYA.
SAYA JUGA BERMINAT UNTUK MENAMBAH BLOG TUAN DALAM LIST BLOG RAKAN BARU SAYA.
HARAP KITA DAPAT BERKAWAN…
SALAM PERJUANGAN!
August 28th, 2010 at 1:33 am
Merdeka!!! Selamat menyambut hari merdeka. Saya bangga menjadi anak malaysia.
August 31st, 2010 at 9:15 pm
selamat menyambut hari kemerdekaan =)
June 5th, 2011 at 11:07 pm
Tema hari kemerdekaan 2010 1 malaysia menjana transformasi.. Awesome