DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Tips Bercukur Bagi Lelaki

OFF

Salam.

Tips bercukur ini kadangkala sesetengah lelaki mengambil remeh tetapi sebenarnya dengan menggunakan cara bercukur dengan betul, kulit anda akan kelihatan lebih licin dan lembut.

Scrub wajah anda dengan lembut menggunakan losyen scrub wajah. Scrub ini membantu menanggalkan sel kulit mati, mengeluarkan ingrown hairs dan dapat mengurangkan razor burn.

Bercukurlah selepas mandi atau selepas wajah dicuci dengan air suam. Air suam dan stim membantu melembutkan kulit serta rerambut. Tunggu 20 minit sebelum bercukur. Selain waktu pagi,selepas bersenam juga waktu yang sesuai untuk bercukur kerana peluh yang keluar membuka liang roma dan lembutkan rerambut.

Gunakan mata pisau cukut yang baru dan tajam. Jika anda menggunakan pencukur elektrik, pastikan anda membersihkannya dengan kerap. Sebelum memulakan cukuran, basahkan kulit pada bahagian yang ingin dicukur dengan krim atau gel pencukur. Pastikan krim atau gel itu meresap ke dalam kulit untuk beberapa minit sebelum bercukur. Cara ini dapat melembutkan rerambut dan mengurangkan keradangan kulit.

Part paling penting pastikan anda bercukur mengikut arah rerambut tumbuh bukan arah bertentangan. Bercukur berlawanan arah boleh menyebabkan keradangan kulit, ingrown hair dan kulit menjadi gatal. Ada juga sesetengah lelaki yang malas. Bilas pisau cukur setiap kali selepas cukuran. Apabila pisau cukur dipenuhi dengan rerambut, cukuran menjadi tidak begitu licin dan risiko untuk mendapat masalah keradangan kulit lebih tinggi.

Cuci wajah hingga bersih dengan air sejuk selepas anda selesai bercukur bagi membuang lebihan krim atau gel pencukur. Ini bertujuan untuk mengelak penutupan liang pori dan mengurangkan keradangan kulit dan akhir sekali jangan lupa sapukan pelembap untuk lembutkan kulit dan menghilangkan razorburn.

P/s: Selamat mencuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Tentang Penulis

Fulltime Blogger

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

Ops! Tiada Komen Lagi. Jadilah Yang Pertama