DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Tips Memilih Kasut Futsal Lelaki

Salam semua..

Anda pemain futsal sepenuh masa atau mungkin separuh masa? Mungkin futsal dah jadi sebahagian dari hidup anda tapi hari ini saya nak berkongsi tips memilih kasut futsal lelaki. Bercakap tentang kasut sukan, lelaki sanggup berbelanja besar demi kepuasan hobi yang diminati.

Keselesaan

Tidak kira seberapa cantik pun kasut itu berada di kaki jika anda tidak selesa memang takde guna membeli walaupun mahal. Kita perlu ingat bahawa kita hendak bermain futsal bukannya mengadakan fashion show jadi  sebelum kita membeli kasut, dinasihatkan untuk mencuba terlebih dahulu. Kalau anda pilih kasut dekat Al-Ikhsan, tak perlulah nak malu-malu untuk cuba berlari di dalam kedai menggunakan kasut yang hendak dibeli. Rasakan kesesuaian kasut tersebut dengan kaki anda.

Jenis Padang

Kalaulah anda jenis selalu bermain atas turf sintetik grass (rumput tiruan kaler hijau) lebih baik anda memilih kasut tapaknya ada spike. Biasanya padang sintetik macam ni licin dan tidak sesuai menggunakan kasut yang bertapak getah bewarna coklat tu. Kalau kasut yang dipakai ada spike, keberangkalian tergolek atas padang dan dijadikan bahan ketawa pasukan lawan adalah rendah.

Tapi kalau anda selalu main kat atas flat field (court FIFA yang warna biru) sebenarnya tak sesuai untuk anda menggunakan kasut yang ada spike. Spike akan lebih mencengkam court berbanding membantu anda untuk melonjak. Maksudnya kat sini, anda akan selalu tergolek kat atas court biru itu. Look, maksud spike kat sini bukan kasut spike yang pakai masa berlari acara balapan untuk wakil sekolah dulu-dulu tu ok?

Harga

Sebenarnya kalau anda membeli kasut berjenama sekalipun tetapi  tak melihat pada ciri – ciri penting untuk bermain kat padang rasanya mahal tu hanya sia – sia. Harga kasut tak melambangkan kualiti yang dimiliki. Pilihla kasut yang mempunyai harga berpatutan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Tentang Penulis

Working as Personal Trainer and Fulltime Blogger.

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

2 Komen Telah Pun Ditulis Setakat Ini

  • pakai kasut jogging aje. dah biasa. tapi kekadang, jatuh tergolek gak.

  • Saya pakai kasut yang sama untuk jogging dan main futsal.