Salam semuaa..
Ramai yang kerapkali mengambil ringan dengan pengambilan pemakanan yang betul. Nak kurus tapi semua makanan yang best nak dibedal mana tapi mulut asyik membebel berat tak turun. Macam mana tu? Jom baca Tips Memilih Makanan Yang Betul. Kehkehkeh!

Minum sepuluh gelas air sehari supaya kulit sihat dan lembap. Air bertindak sebagai bahan membantu tubuh mengepam keluar toksik dalam badan.
Jauhi snek dan makanan segera yang sememangnya sedap kerana kandungan sodium yang tinggi di dalamnya. Jika diambil dalam jumlah yang banyak, unsur kimia dalam makanan berkenaan akan menjadi racun yang boleh mengganggu organ tubuh.
Lebihkan pengambilan protein yang bukan berasaskan haiwan misalnya kacang soya. Protein dari haiwan tidak baik kerana ia lemak tepu dan tinggi kolesterol.

Awas dengan susu atau produk tenusu kerana bagi mereka yang berkulit sensitif, produk tenusu dipercayai berpotensi tinggi menghasilkan mukus yang memberi reaksi alergi. Semakin meningkat usia, tubuh kehilangan enzim penting yang boleh memecahkan gula dalam susu atau produk tenusu. Gantikan dengan yogurt rendah lemak kerana ia mengandungi bakteria baik yang berupaya menyerap nutrien dengan baik.
Anda penggemar kopi? Minuman seperti kopi atau apa saja yang berkafein sebenarnya bersifat toksik kepada badan dan menyebabkan pengoksidaan kulit menjadikannya cepat berkedut.
Jika anda mengimpikan berat badan ideal, jauhkan makanan berasaskan lemak tepu, berprotein tinggi dan mengandungi kolesterol dalam diet anda. Bukan senang nak menjaga kesihatan tapi tak susah nak menjaga pemakanan.


terbaik
anda dijemput khas oleh farah alias! bloggers,…! jom join ^_^ http://coretanharapan.blogspot.com/2012/02/segmen-farah-alias-my-blogger-idol.html
noted!
susah juga nak jaga pemakanan sebenarnya.perlukan disiplin dan keazaman yg tinggi
thanx for sharing this info..memang adam dah mula tak makan nasi sejak 2 minggu lepas.mula2 tu agak susah nak praktikkan tp skrg bila tgk nasi pun,x terasa nak makan pun.just bykkan makan oat n sayur2 je.:)
“Lebihkan pengambilan protein yang bukan berasaskan haiwan misalnya kacang soya”
Aku x setuju dgn statement ni coz menurut kajian Protein dari haiwan lebih baik utk pertumbuhan otot dan pembakaran lemak