DarkBatman - Bermulanya Sebuah Transformasi

Tips untuk Badan Sihat dan Fit

Salam semuaa..

DSC_0241

Bila sebut senaman mesti semua terbayangkan badan yang ketak – ketak dan langsing. Tapi berapa ramai yang sanggup nak bersenam setiap hari? Kali ini, saya nak share tips untuk badan sihat dan Fit bersama anda supaya kita sihat bersama – sama. Kehkehkeh!

Sebagai fitness trainer, saya sendiri perlu menjaga badan supaya nampak lebih kacak dan sentiasa cergas sepanjang masa. Kalau sendiri punya badan kendur semacam, siapa yang sanggup nak ikut nasihat saya? Apa yang saya buat supaya dapat body ketak – ketak? Dengan rendah diri, saya nak berkongsi dengan anda semua, tips rahsia saya untuk lebih fit dan sasa sepanjang hari.

IMG_4847

Menu sihat saya sebelum keluar work out selalunya saya akan bawak bekalan yang menyihatkan bersama. Sarapan pagi wajib diambil tapi dah nama bujang mana sempat sangat nak buat sandwic tapi sebagai penganti saya akan cari makanan yang serba ringkas sebagai alas perut.

IMG_4845

Yogurt drink selain boleh mencuci perut, minuman ini boleh menguruskan badan dengan cepat.

IMG_4849

Harus diingatkan, jangan fikir dengan exercise sahaja, badan anda terus akan menjadi cantik. Makanan pun perlu cantik juga!

IMG_4850

Antara hobi saya selain work out, saya gemar bermain bola sepak dan juga berjalan kaki kerana baik untuk kesihatan. Berapa banyak kena berjalan? Cubalah berjalan sebanyak 10,000 langkah sehari dan tambahkan setiap langkah dan jarak mengikut kemampuan.

IMG_4851

Cycling merupakan aktiviti exercise yang paling bagus nak bakar kalori dengan cepat. Selain membentuk bontot yang cantik, cycling juga boleh menguatkan stamina.

IMG_4867

Aktiviti wajib setiap hari untuk nampak ketak – ketak,saya banyak menggunakan dumbell untuk membentuk otot idaman. Nak sihat ini, pokok pangkalnya anda cuma perlu rajin dan rajin. Selamat mencuba!

 

 

 

Sebelum terlupa, sekiranya anda ingin mendapatkan lebih tips kesihatan tentang amalan pemakanan sihat dan aktiviti fizikal, jangan lupa menonton rancangan Sihat 1 Malaysia yang dihoskan oleh Fahrin Ahmad. Malah anda boleh mendengar tips kesihatan terkini daripada selebriti lain iaitu Siti Saleha, Chef Zaidah, Ifa Raziah dan ramai lagi.

P/s: Maklumat lanjut untuk mendapatkan cara pemakanan dan tips kesihatan yang lebih baik dengan melayari Laman web Gaya Hidup Sihat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Tentang Penulis

Fulltime Blogger

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

6 Komen Telah Pun Ditulis Setakat Ini

  • 10000 langkah dalam sehari! :D

  • nice shape!

  • semua penting untuk kesihatan.huhu.setiap hari saya berjalan kaki pergi dan pulang dari kelas.beribu2 jugaklah.hoho

  • yeszaa…makan pun kene jaga utk dptkan bdn yg cantik..nak cantik bukan senang..kena laburkan usaha juga kan .:)

  • tips memang dah banyak. nak buat nya je yg belum sampai seru.. (“,)

  • bagus tips ni tp sye tak nak bdn ketak2…nnt org terkejut n larikk plak…kihkihkihkihkih…. :P